Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Fokus Skuad B-13 Malaysia...

SEPANG - Skuad Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) bawah 13 tahun (B-13)...

Ubah Persepsi Tugas Tentera...

PADANG BESAR - Persepsi penugasan tentera hanya di perbatasan perlu diperbetulkan rakyat, yang...

“Bukan Soal Kalau Tak...

SEJAK mendedahkan sudah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Muhammad Radzi Wahid atau Ude,...

Pekerja HKL Dikecam, Bersikap...

KEJADIAN yang berlaku di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini pasti membuatkan anda 'panas'.Baru-baru...

Johor Mula Siasat GISBH – Exco Agama

JOHOR BAHRU – Siasatan menyeluruh terhadap operasi pertubuhan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri ini telah dimulakan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, siasatan berkenaan juga akan dilakukan bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kerajaan negeri memandang berat dakwaan melibatkan pertubuhan berkenaan yang timbul sejak kebelakangan ini.

“Tujuannya adalah untuk memelihara kemuliaan dan kesucian agama Islam,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan dengan itu, Mohd Fared menggesa orang awam termasuk ahli-ahli pertubuhan itu sendiri menyaluarkan aduan atau maklumat yang relevan bagi membantu siasatan.


Tegasnya, MAINJ akan menggunakan seluruh kekuatan perundangan dan juga enakmen undang-undang sedia ada bagi mengekalkan keamanan beragama dan peraturan dipatuhi.

Pada Jumaat, Mohd Fared memaklumkan sebarang fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISBH di negeri ini hanya akan diputuskan selepas kajian mengenainya dilakukan.

Katanya, fatwa hanya boleh ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Selain itu, pihaknya memaklumkan tidak menerima sebarang aduan berhubung kegiatan pertubuhan tersebut di negeri ini.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori