Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Remaja 18 Tahun Cabul...

CALIFORNIA - Seorang remaja yang dituduh mencabul dua kanak-kanak lelaki, akhirnya mengaku melakukan...

Rasuah: ASP, Lans Koperal...

IPOH - Seorang pegawai dan seorang anggota polis masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat...

Kenapa Mahathir Mahu Segera...

NAMPAKNYA Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu segera angkat sumpah sebagai perdana menteri yang...

Agong Solat Jumaat Di...

KUALA LUMPUR – Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Kakak Pula Gagal Dihubungi Ketika Cari Adik Hilang Di Thailand

Kuching: Usaha seorang kakak untuk mencari dan membawa pulang adiknya yang terkandas di Thailand selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan bukan sahaja buntu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Malah dia sendiri gagal dihubungi oleh keluarganya selepas tiba di sana, menyebabkan ibu mereka meminta pertolongan Ahli Parlimen Stampin yang juga Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Mangsa yang berusia 31 tahun menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan yang dikendalikan oleh dua rakannya, yang menawarkan pekerjaan bergaji lumayan dalam mata wang AS di Thailand.

Chong dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak hari ini, ibu kepada dua mangsa hilang itu sudah membuat laporan polis untuk mendapatkan bantuan membawa pulang mereka.

“Berdasarkan maklumat terbaharu menunjukkan bahawa anak lelaki wanita itu kini berada di Myanmar, terkandas dan tidak mempunyai cara untuk pulang.

“Kakaknya, yang pergi ke Thailand pada penghujung Ogos lalu untuk mencari adiknya, kini juga terputus hubungan dengan keluarganya.


“Kali terakhir mereka berhubung adalah dua hari lalu,” katanya.

Menjelas lanjut, Chong berkata keluarga mangsa sudah memberikan maklumat terperinci mengenai dua rakan yang terbabit dengan sindiket berkenaan kepada polis.

Justeru, beliau berharap pihak polis dapat bertindak pantas dalam mengesan kedua-dua mangsa dan membawa mereka pulang dengan selamat.

“Pihak berkuasa perlu mempercepatkan siasatan dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk membawa pulang mangsa dengan selamat.

“Kami akan terus mengikuti perkembangan kes ini dan bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri Malaysia serta konsulat di Thailand dan Myanmar untuk memastikan keselamatan mereka,” katanya.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori