Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Agong Perkenan Terima Kunjungan...

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan menerima...

Nota Dari Makkah: Kisah...

SATU perkara yang klise mengenai mengerjakan umrah dan haji ialah: "Niat nak pergi....

Mahathir Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan tahniah...

Layan Kerenah Pesakit Covid-19...

ASSALAMUALAIKUM... Sebenarnya banyak yang hendak diperkatakan tentang situasi yang melanda negara sekarang. Saya...

Keluarga ‘Abang Bas’ Mahu Saman Selebriti

Muar: Keluarga ‘Abang Bas’ mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti, yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguam secara probono, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata, tindakan itu akan diambil selepas ahli keluarganya menerima kecaman daripada warganet susulan kes dihadapi Abang Bas.

Namun begitu, beliau turut memberitahu, individu terbabit masih berkesempatan untuk membuat permohonan maaf kepada keluarga Abang Bas sekiranya tidak mahu tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

“Semuanya bergantung kepada subjek ahli keluarganya, sebab selama ini, pelbagai kecaman dibuat di media sosial terhadap Abang Bas.

“Sudah tentu kita sudah mengenal pasti mereka…ramai, keluarga mengarahkan mereka (warganet) disaman. Kenapa tidak (saman selebriti)? mereka tidak ada peluang untuk membela diri ketika itu.

“Pecahlah mana-mana tabung yang ada, kira siap-siap, jadi senang nak kira nanti. Selama ditahan, dia dikecam sehebat-hebatnya tanpa belas ihsan,” katanya ketika ditemui selepas menjelaskan ikat jamin Abang Bas, di Kompleks Mahkamah Muar, hari ini.


Dalam pada itu, Ahmad Zaharil berkata, pihaknya berusaha untuk mendapatkan kembali bas yang dipandunya yang kini disita polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, pada masa sama, mereka juga akan berusaha mengemukakan rayuan bagi mengurangkan ikat jamin yang dikenakan.

“Saya simpati dengan apa yang dilalui Abang Bas dan selepas berjumpa dengannya, saya minta dia bersabar kerana saya akan bantunya.

“Untuk mensabitkannya, kita jangan melihat daripada satu perspektif sebaliknya keseluruhan. Adalah tidak adil bila anda tidak mengenalinya (Abang Bas) tetapi membuat pelbagai andaian di media sosial,” katanya.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori