Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kedekut Bayar Veterinar, Arnab...

DASAR Bakhil bin Kedekut... gara-gara enggan mengeluarkan sejumlah wang, seorang pemilik arnab sanggup...

Video Santai: Amboi...

INGATKAN Bobo je hebat menari-menari lentik macam tu, rupa-rupanya dia pun dah ada...

Persembahan Turun Dari ‘Langit’,...

NAMA Mas Idayu semestinya tidak asing lagi dalam industri seni suara, lagi-lagi selepas...

Dana Asing Jual RM601.2...

KUALA LUMPUR - Dana asing menjual RM601.2 juta bersih ekuiti tempatan minggu lepas,...

Keluarga Mangsa Lubang Benam Buat Upacara Terakhir

Keluarga warganegara India yang terjatuh ke dalam lubang benam di Jalan Masjid India telah melakukan upacara terakhir di lokasi tragedi hari ini, sehari selepas usaha mencari dan menyelamat dihentikan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Astro Awani melaporkan suami, anak lelaki, dan anak perempuan G Vijaya Lakshmi dilihat menyalakan pelita minyak dan membunyikan loceng – sebahagian ritual Hindu.

Mereka juga dilihat mengambil segumpal tanah dari lokasi tersebut.

Stesen TV itu melaporkan keluarga berkenaan yang berada di Malaysia untuk bercuti, akan pulang ke India petang ini.


Pada 23 Ogos, Vijaya Lakshmi, 48 tahun, dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam lubang benam sedalam 8 meter di Jalan Masjid India ketika dalam perjalanan ke sebuah kuil berdekatan.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan selama sembilan hari tetapi terganggu oleh keadaan yang berbahaya.

Kerajaan semalam memutuskan untuk beralih kepada misi mencari dan pemulihan.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori