Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Majoriti Rakyat Terima, Faham...

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar rakyat sudah boleh menerima dan memahami usaha kerajaan...

Najib Mengaku Tidak Bersalah...

TEGAS... Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di ibu...

Maut Bermain Bom Tangan

NAIROBI - Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak terbunuh ketika bermain dengan bom tangan di sebuah...

MAPIM Sokong Agong, Tak...

KAMI menyokong Yang di-Pertuan (YDP) Agong dan Raja-raja Melayu yang menolak cadangan perlantikan...

Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Pulang Ke India Malam Tadi – Polis

KUALA LUMPUR – Keluarga mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India pulang ke India malam tadi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan dan memasuki fasa search and recovery, Sabtu lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman berkata, suami dan anak lelaki mangsa bertolak pulang ke tanah air mereka menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Ya, mereka telah bertolak pulang malam tadi,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Media semalam melaporkan suami dan dua anak mangsa dilihat hadir menyalakan lampu minyak dan membunyikan loceng iaitu upacara keagamaan agama Hindu di lokasi insiden berkenaan.


Sepanjang operasi SAR, keluarga mangsa terutama anak lelakinya, M Suria, 25, dilihat kerap berada di khemah SAR bagi mengikuti dan mendapatkan maklumat operasi pencarian ibunya oleh pasukan penyelamat.

Terdahulu, Bernama melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia telah melanjutkan visa empat ahli keluarga mangsa iaitu suami, anak dan dua ahli keluarga mangsa yang lain dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membantu keperluan mereka sepanjang operasi pencarian dilakukan.

Pada Sabtu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mengumumkan operasi SAR wanita warga India, G Vijaya Lakshmi, 48, yang hilang akibat terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India pada 23 Ogos lepas dihentikan selepas sembilan hari dilaksanakan. 

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori