Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MBK Sedia 24 Lokasi...

Kuantan : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyediakan 24 lokasi bazar Ramadan dan Aidilfitri...

Hajiji Mulakan Tugas Sebagai...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor memulakan tugas rasmi di...

Torres Bakal Tinggalkan Atletico...

FERNANDO Torres merancang untuk meninggalkan kelab sebaik sahaja kontraknya tamat musim ini. Penyerang Atletico...

Jalan Kelang Lama Tutup...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sebahagian Jalan Kelang...

Kes GISBH: Tempoh Reman `Tuan Usu’, Isteri Disambung 5 Hari Lagi

SHAH ALAM: Individu yang disyaki berperanan sebagai pengendali aliran tunai GISB Holdings (GISBH) dikenali `Tuan Usu’ dan isteri, disambung reman lima hari lagi bagi membantu siasatan berhubung pengekploitasian dan pemerdagangan kanak-kanak.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perintah reman sehingga Khamis ini dibenarkan Timbalan Pendaftar Nurshahira Abdul Salim selepas permohonan dikemukakan polis di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.

Tempoh lanjutan itu diminta susulan tempoh reman seminggu ke atas mereka sebelum ini, berakhir hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31 (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu yang memakai pakaian lokap tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira jam 10 pagi. Mereka dibawa untuk tahanan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.


Sementara itu, di mahkamah sama, 15 kanak-kanak iaitu anak kepada seorang pemimpin kanan GISBH akan ditempatkan tiga rumah perlindungan JabatanKebajikan Masyarakat (JKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan Johor.

Mahkamah membenarkan penempatan mereka yang berusia tiga hingga 16 tahun itu selepas permohonan dibuat JKM hari ini.

Semuanya dibawa dengan van polis dan tiba kira-kira jam 10 pagi.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori