Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Undi, Sokong Calon BN...

TAWAU - Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan meminta semua...

Saya Tidak Berminat Bertelagah...

GEORGE TOWN - "Saya tidak berminat untuk bertelagah dengan rakan-rakan (parti) komponen (Barisan...

Kali Ini Betul-Betul Mati

MUMBAI - Seorang lelaki yang menggemparkan kakitangan hospital apabila tiba-tiba bangun semula beberapa minit...

Pengasas WikiLeaks Diberi Kerakyatan...

QUITO - Ecuador akhirnya memberi taraf kerakyatan kepada pengasas WikiLeaks, Julian Assange selepas...

Khutbah Jumaat Di Selangor Sentuh Isu GISBH

SHAH ALAM – Khutbah Jumaat di masjid di seluruh negeri Selangor menyentuh berhubung isu kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang didakwa bertentangan dengan akidah dan ajaran Islam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Khutbah itu mengingatkan bahawa semua perbuatan jenayah dan kesalahan akidah itu mencemar nama baik dan kesucian Islam.

Menurut teks khutbah itu, pengikut GISBH boleh tergelincir akidah dan batal shahadah seseorang muslim bila melakukan kesalahan akidah.

“Apa yang paling mendukacitakan ialah laporan akhbar ada menyatakan kebanyakan rumah amal di bawah GISBH terbabit di dalam siasatan sudah lama beroperasi di beberapa negeri termasuk Selangor.

“Malah rumah amal ini pula tidak didaftarkan mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” kata petikan khutbah berkenaan.

Khutbah bertajuk ‘Kenapa GISBH buat begini kepada kanak-kanak’ menyentuh mengenai langkah pencegahan bagi mengelak kanak-kanak terlibat dari terus dianiayai kumpulan terbabit.

Menurut khutbah, keutamaan dalam memelihara dan mendidik anak-anak sebenarnya adalah satu tuntutan dalam Islam.

Jelas khutbah itu, ia berkaitan secara langsung dengan tujuan memelihara kemaslahatan agama, nyawa, akal, harta dan keturunan mereka.


Tambah khutbah itu, kefahaman ajaran Islam terhadap maqasid syariah dan hak kanak-kanak hendaklah difahami oleh semua pihak termasuk pihak GISBH.

“Penderaan dan pengabaian ke atas kanak-kanak yang disyaki terjadi amat mendukacitakan.

“Kenapa pihak GISBH melakukannya? Pihak GISBH hendaklah faham bahawa kanak-kanak mempunyai hak yang perlu dihormati dan disantuni serta mempunyai hak untuk dimuliakan secara adil,” menurut khutbah itu.

Justeru, khutbah itu mengingatkan bahawa Islam menuntut umatnya termasuk pihak GISBH menjaga kanak-kanak dengan baik dan menunaikan hak mereka.

“Sempurnakan dan berikan kepada mereka keperluan asasi seperti pakaian, makan minum, tempat tinggal, perlindungan dan keselamatan.

“Jagalah kehormatan dan maruah serta berilah perhatian dan curahkan kasih sayang kepada mereka selain jangan lakukan apa-apa jua bentuk keganasan dan kezaliman terhadap mereka kerana Islam sangat melarang perbuatan sedemikian.

“Malah Nabi Muhammad tidak mengiktiraf golongan zalim ini sebagai umatnya kerana melakukan perbuatan yang dicela,” kata petikan khutbah berkenaan.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori