Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Talaqqi Bendung Ajaran Menyimpang...

PENDANG - Sistem pengajian secara talaqqi atau berguru dengan kitab turath (kitab warisan)...

Ucapan Romantis Agong Kepada...

KUALA LUMPUR - Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mencuit hati...

Lembu Punca Perang Dunia...

AHMEDABAD - Seorang bekas sami yang kini menjadi pegawai kerajaan India meramalkan Perang...

Tentera Sedia Bantu Buru...

SUNGAI PETANI : Kementerian Pertahanan sedia membantu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjejaki baki...

Kompaun RM4.4 Juta Dikeluarkan Kepada 12 Syarikat Berkaitan GISBH – Armizan

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12 syarikat yang berkaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) baru-baru ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri berkenaan, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kompaun itu dikeluarkan setelah siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati kesemua syarikat terbabit tidak mematuhi tanggungjawab menyerahkan penyata tahunan dan penyata kewangan masing-masing.

“Selain GISBH, terdapat sebanyak 17 syarikat lain menggunakan nama GISB dalam pendaftaran SSM. Pada masa yang sama, semakan data dan laman sesawang berkaitan GISB atau ‘Ikhwan’ pula mendapati sebanyak 201 perniagaan boleh dikaitkan dengan GISB.


“Antara tanggungjawab syarikat setiap tahun ialah perlu mengemukakan penyata kewangan mereka yang telah diaudit. Siasatan SSM mendapati 12 syarikat ini tidak patuh dengan tanggungjawab menyerahkan penyata tahunan dan penyata kewangan,” katanya ketika ditemui selepas TikTok Shop Seller Summit 2024 di sini hari ini.

Armizan berkata dalam isu GISBH, KPDN bertanggungjawab membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari segi perundangan serta ketidakpatuhan terhadap akta berkaitan oleh rangkaian-rangkaian perniagaan mereka. 

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori