Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

DAP Perlu ‘Cuci Kepala’...

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri...

Harga RON97, RON95 Dan...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95, RON97 serta diesel kekal, masing-masing pada...

Syarikat Utiliti Tidak Dibenarkan...

KUALA LUMPUR - Mulai tahun ini, syarikat utiliti tidak lagi dibenarkan membuat kerja-kerja...

“Ayuh Menang Piala FA...

PEMAIN Manchester United, Juan Mata menyifatkan kelab tersebut perlu menjuarai Piala FA bagi...

Kontrak Sewaan Black Hawk: Mindef Beri Masa Hingga Oktober

KOTA TINGGI – Kementerian Pertahanan (Mindef) memberikan tempoh hingga Oktober ini kepada pihak kontraktor untuk membuat penghantaran empat helikopter sewaan UH-60A Black Hawk kepada Tentera Darat Malaysia (TDM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sekiranya pihak berkenaan gagal menepati masa yang diberikan, kementerian akan membatalkan kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter itu.

“Kita beri masa sampai Oktober untuk penghantaran. Jika tiada penghantaran, akan batal (kontrak pembekal),” katanya kepada pemberita selepas perasmian My Villa di Dewan Felda Air Tawar 3 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Mindef berhubung kelewatan penghantaran empat helikopter berkenaan.

Bagaimanapun, Mohamed Khaled berkata Mindef masih belum membuat perancangan lanjut sekiranya kontrak perolehan perkhidmatan sewaan empat helikopter itu dibatalkan.


“Perancangan lain akan dibuat selepas pembatalan,” katanya.

Pada Mei tahun lepas, Mindef menandatangani kontrak sewaan empat helikopter dengan syarikat tempatan Aerotree Defence and Services Sdn Bhd selama lima tahun bernilai RM187 juta.

Pada 16 Julai lalu, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dilaporkan berkata, Aerotree Defence and Services memaklumkan peperangan berlarutan di Ukraine menjadi antara punca kelewatan perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.

Pada awal bulan lepas, Mohamed Khaled dilaporkan berkata Mindef sudah mendapat maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) berhubung cadangan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk TDM.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori