Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Nazri Minta Maaf Kepada...

SETIAUSAHA Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memohon maaf kepada penyokong PAS...

“Gembira Dapat Kembali,” Kata...

SEPANG - "Kami gembira dapat kembali," kata Kaunselor Kedutaan Besar Malaysia di Korea...

Isu Peralihan Kuasa PM...

PONTIAN - Isu peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan...

Jepun Tangkap 177 Paus...

TOKYO - Kapal-kapal pemburu paus Jepun menangkap sebanyak 177 ekor paus minke dan...

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

SEOUL : Korea Utara melancarkan kira-kira 190 belon yang dipenuhi kertas dan sisa lain ke arah Korea Selatan dan kebanyakannya ditemui di Seoul dan kawasan sekitar, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pegawai tentera pada Sabtu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Korea Utara mengapungkan belon-belon itu dari malam semalam hingga awal pagi hari ini, dan kira-kira 100 ditemui di ibu negara dan sekitar Wilayah Gyeonggi setakat ini, kata Ketua Turus Bersama.

Tiada bahan berbahaya ditemui dalam belon itu, yang hanya mengandungi kertas buangan, cebisan plastik dan botol.

Korea Utara menyambung semula kempen belonnya sejak Rabu, berlanjutan untuk hari keempat berturut-turut, hingga hari ini.


Sebagai tindak balas kepada kempen sedemikian, tentera Selatan melancarkan siaran propaganda anti-Korea Utara setiap hari melalui pembesar suara di sempadan sejak 21 Julai.

Korea Utara menentang risalah anti-Pyongyang dan kempen pembesar suara kerana bimbang kemasukan maklumat dari luar boleh menimbulkan ancaman kepada rejim Kim Jong-un.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori