Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Christiano Ronaldo Puji Usaha...

BINTANG bola sepak Portugal, Christiano Ronaldo puji usaha seorang budak Jepun yang cuba...

Bekas Pegawai SPAD Jadi...

KUALA LUMPUR – Bekas pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mendakwa jadi mangsa...

Tengku Adnan Sedia Beri...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata...

Kes Culik Gemparkan Sabah...

KOTA KINABALU - Ketenangan wilayah pantai timur Sabah berkocak pada 2014 berikutan beberapa...

KPDN Serbu Stor Produk Tiruan

Kuala Lumpur: Keterujaan memiliki wajah cantik melalui pelbagai produk kosmetik murah dibeli melalui laman e-dagang akhirnya membinasakan wajah dan tubuh.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Difahamkan sindiket yang memalsukan pelbagai produk penjagaan kulit dan wajah jenama antarabangsa aktif menggunakan laman e-dagang untuk memasarkan produk kepada orang ramai.

Kebanjiran pelbagai produk tiruan ini serta harga promosi ditawarkan menyebabkan wanita mudah rambang mata dan tidak menyiasat ketulenannya.

Terbaru, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor bertindak melakukan serbuan di dua premis di Rawang, Selangor selepas dikesan menjadi stor penyimpanan kosmetik tiruan, baru-baru ini.

Dalam serbuan pertama kira-kira jam 3 petang, pihak KPDN bersama pemilik cap dagang menyerbu sebuah gudang simpanan pelbagai jenis barang di Bukit Rawang Jaya.

Hasil pemeriksaan dilakukan menemui 13 unit produk kosmetik disyaki tiruan dianggarkan bernilai RM403.

Serbuan kedua kemudian dilakukan terhadap rumah di Taman Scientex Rawang sebelum KPDN menemui 700 unit barang kosmetik disyaki tiruan.


“Seorang lelaki dipercayai pemilik premis ditahan untuk soal siasat manakala barangan kosmetik tiruan bernilai RM25,543 dirampas.

“Siasatan mendapati rumah kediaman itu dijadikan tempat mengumpul, menyimpan dan menghantar pelbagai barangan ditempah pelanggan melalui laman e-dagang,” ujarnya.

Jelasnya, semua barang rampasan dibawa ke Stor Penyimpanan Eksibit KPDN di Bukit Raja, Selangor.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor memaklumkan pihaknya mempertingkatkan usaha bagi membenteras penjualan kosmetik tidak berdaftar dan beracun di pasaran.

Berdasrkan data rampasan kosmetik haram sepanjang tahun lalu, KPDN Selangor berjaya melakukan enam rampasan pelbagai jenama membabitkan nilai hampir RM500,000.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori