Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pandangan Brunei Tentang Program...

Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei telah mengemukakan penegasan dan nasihat kepada rakyatnya baru-baru...

Hayati Peristiwa Israk Dan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru seluruh umat Islam...

“Lapor Polis Jika Ditawarkan...

REMBAU ā€“ Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Kantoi Orang Ketiga, Retak...

TIDAK mahu peminat terus memberi harapan, pelakon Neelofa akhirnya mengakui hubungannya bersama Fattah...

Lima Suspek Termasuk Anak Pemimpin Utama GISBH Direman 7 Hari – Razarudin

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan lima suspek yang ditahan di Bukit Kayu Hitam, Kedah dalam perjalanan ke Thailand dengan menggunakan kenderaan rekreasi (motorhome) berlogo GISB Holdings (GISBH) direman tujuh hari, bermula hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Perintah reman terhadap semua mereka berusia 30 sehingga 41 tahun itu dilakukan sebaik permohonan dibuat polis di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang mengesahkan perkara itu berkata, mereka direman bagi melengkapkan siasatan yang sedang dilakukan polis terhadap syarikat berkenaan.

“Reman bermula hari ini sehingga Rabu ini (25 September),” katanya.

Pada masa sama, Razarudin berkata, siasatan mendapati seorang daripada suspek yang berusia 40-an adalah anak lelaki kepada ahli syarikat terbabit.

“Apa yang saya boleh katakan ialah kami percaya individu ini adalah anak kepada seorang daripada ahli syarikat berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Razarudin bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada suspek adalah anak kepada Datuk Nasiruddin Mohd Ali dari GISBH.


“Kami akan menahan reman semua suspek bagi membantu siasatan lanjut terhadap kes ini dan menyiasat motif mereka menggunakan motorhome untuk keluar dari negara ini,” katanya.

Nasiruddin dikenalpasti sebagai Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GISBH.

Semalam, polis menahan lima lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH dan merampas dua kenderaan rekreasi yang mempunyai lambang syarikat itu di Bukit Kayu Hitam, Kedah menghala ke Thailand, kira-kira jam 6 petang.

Razarudin dilaporkan berkata, penahanan individu dan merampas dua kenderaan rekreasi yang mempunyai lambang GISBH dengan nombor pendaftaran X31337 dan X37313 di sempadan Malaysia-Thailand itu adalah hasil siasatan Unit Risikan Sempadan Zon Utara.

Terdahulu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam kenyataannya, mengesahkan pihaknya turut dimaklumkan lebih awal maklumat berhubung pergerakan dua kenderaan rekreasi yang disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori