Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Peguam Wanita Berhenti Kerja,...

SEORANG gadis bernama Emily Boutard berhenti bekerja sebagai peguam dua tahun lalu dan kini...

‘Tok Mat Dilantik Menteri...

Seorang pemimpin Bersatu mendakwa keputusan melantik Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan sebagai menteri...

Anjung Singgah Bantu NGO...

KUALA LUMPUR - Anjung Singgah bersedia menjadi pusat menyalurkan makanan kepada gelandangan bagi...

Ujian Air Mendidih Terhadap...

NAMPAKNYA ujian ketahanan impak jatuh dan rendaman air sudah terlalu biasa digunakan bagi menguji...

‘Mereka Diasingkan Dari Ibu Bapa Sejak Umur Dua Tahun’

KUALA LUMPUR – Seramai 392 kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan menerusi serbuan Op Global dijalankan pihak polis sebelum ini didapati diasingkan daripada ibu bapa sejak berusia dua tahun.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hasil saringan menerusi temu bual yang dijalankan mendapati kesemua mangsa merupakan generasi ketiga serta keempat di pusat asuhan berkenaan.

Beliau berkata, siasatan mendapati apabila berumur dua tahun, mereka akan diasingkan dari ibu bapa serta keluarga dan diletakkan di rumah amal ini.

“Selain itu, siasatan mendapati ada dalam kalangan ibu bapa mangsa berada selama enam tahun di negara luar seperti Arab Saudi dan Turki.


“Kita melihat mereka ini tidak mendapat pendidikan sebagaimana kanak-kanak lain, yang mana sepatutnya sekolah tapi tidak bersekolah, itu juga satu penganiayaan kepada kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Mess Pegawai, Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini pada Jumaat.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori