Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Najib Terharu Sambutan Luar...

KUALA NERUS - Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui majlis persidangan...

Keselamatan Pelajar Di Sekolah...

JASIN - Kementerian Pendidikan tidak akan bertolak ansur terhadap langkah menjaga keselamatan pelajar...

2 Serpihan Yang Ditemui...

KUALA LUMPUR - Dua serpihan pesawat yang ditemui masing-masing di Afrika Selatan dan...

RM140 Juta Naik Taraf...

JOHOR BAHRU : Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM140 juta bagi menaik taraf Hospital...

Mpox: Jabatan Kesihatan Kelantan Akan Pantau Individu Pulang Dari Negara Berisiko

Kota Bharu : Jabatan Kesihatan Kelantan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti mana-mana penduduk di negeri itu yang pulang dari negara berisiko, dalam usaha mengekang kes cacar monyet atau Mpox.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Husin berkata, setakat ini, tiada kes cacar monyet direkodkan di Kelantan.

Katanya, mana-mana individu yang pulang dari negara berisiko termasuk Afrika atau mempunyai kontak dengan pesakit cacar monyet akan dipantau.

“Sebab itu, kita meminta bantuan Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti mana-mana individu yang pulang dari negara berisiko cacar monyet.

“Kita juga meminta mana-mana individu yang pulang dari negara berisiko supaya maklumkan kepada kita bagi memudahkan pemantauan dibuat.

“Alhamdulillah, setakat ini, Kelantan tidak merekodkan sebarang kes cacar monyet,” katanya ketika dihubungi.


Ketika ditanya risiko cacar monyet memandangkan ramai penduduk Kelantan bercuti ke negara jiran sepanjang cuti persekolahan, Dr Zaini berkata, Thailand bukan negara berisiko.

“Walaupun ramai rakyat kita ke Thailand namun kita tidak bimbang memandangkan Thailand bukan negara berisiko,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau Mpox varian Clade II di negara ini, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kes berkenaan dikesan daripada 58 kes disyaki Mpox yang sudah dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini.

Katanya, pesakit berkenaan seorang lelaki tempatan yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 September lalu, manakala ruam mula muncul pada 12 September.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori