Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

BANJIR : Mangsa Dipindahkan...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Pahang kembali serius apabila jumlah mangsa yang...

Wanita Maut Jatuh Dari...

Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh bangunan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor...

250 Pelajar Pahang Di...

KOTA KINABALU : Seramai 250 pelajar berasal dari Pahang yang mengikuti pengajian di...

Video: Lelaki ‘Sibuk’ Selfie...

SEORANG remaja lelaki dari Amerika Syarika menerima kritikan hebat di laman sosial selepas...

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

KOTA BHARU: Kanak-kanak, individu berimuniti rendah, penghidap ekzema dan wanita mengandung mudah mendapat jangkitan Mpox atau cacar monyet yang teruk dengan kadar kematian lebih tinggi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Unit Kesihatan Awam (UKA), Jabatan Perubatan Masyarakat (JPM), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohammad berkata, komplikasi teruk boleh berlaku jika Mpox menjangkiti kanak-kanak dan individu yang mempunyai tahap imuniti rendah termasuk jangkitan bakteria yang teruk daripada keradangan kulit, kerosakan pada otak (ensefalitis), jantung (miokarditis) atau paru-paru (pneumonia), masalah mata dan juga kematian.

Katanya, Mpox merebak melalui kontak rapat yang berpanjangan, lebih mudah dikenal pasti gejala atau tanda, tetapi tidak mudah menular dalam persekitaran sosial biasa seperti COVID-19 yang mempunyai kadar kebolehjangkitan (Ro) lebih tinggi dan mudah menular secara titisan pernafasan dan melalui udara serta pelbagai varian.

“Jangkitan Mpox daripada jenis ‘clade I’ berpotensi untuk menyebabkan gejala lebih teruk dan kematian berbanding ‘clade II’. Kadar kematian di negara endemik Mpox juga rendah, dianggarkan antara tiga hingga enam peratus sahaja.

“Secara umumnya, Mpox kurang berbahaya dan lazimnya akan sembuh sendiri tanpa sebarang rawatan khusus,” katanya.

Katanya, jika seseorang terdedah kepada virus Mpox, ia mungkin mengambil masa selama enam hingga 13 hari (dalam julat lima hingga 21 hari) tempoh inkubasi sebelum fasa gejala mula kelihatan.

“Fasa bergejala boleh dibahagikan kepada dua iaitu Fasa 1 selama satu hingga lima hari pertama dengan gejala jangkitan virus seperti demam, sakit kepala, sakit belakang, sakit otot dan kelesuan serta bengkak kelenjar limfa.


“Manakala Fasa 2 pula ialah selepas satu hingga tiga hari demam dan muncul gejala ruam pada tangan, kaki, dada, muka, mulut atau kawasan alat kelamin.

“Ruam akan melalui beberapa peringkat iaitu pada mulanya kelihatan seperti jerawat atau lepuh (berair) dan berakhir dengan kudis atau keruping (scabs) sebelum sembuh. Pesakit yang dijangkiti Mpox biasanya akan mengalami gejala selama dua hingga empat minggu,” katanya.

Katanya, virus Mpox boleh disebarkan kepada individu lain dalam tempoh sehari sebelum berlaku ruam pada kulit sehingga 21 hari, bermula gejala atau sehingga keruping tertanggal dan pesakit tidak lagi bergejala.

“Semua pihak perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan mendapatkan rawatan awal apabila mempunyai gejala jangkitan virus, bengkak kelenjar limfa diikuti tanda-tanda ruam.

“Elak sentuhan langsung dengan orang lain termasuk ahli keluarga apabila terdapat gejala dan lakukan isolasi awal secukupnya bagi individu positif Mpox untuk memutuskan rantaian jangkitan.

“Kontak rapat kepada kes yang disyaki atau disahkan Mpox juga dinasihatkan menjalani pemerhatian gejala dan tanda Mpox selama 21 hari dari tarikh akhir pendedahan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori