Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Wanita Dipenjara Kerana Ancam...

Jeddah - Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas...

#Undirosak Tidak Salah Tetapi...

KUALA LUMPUR - Sejak dua minggu kebelakangan ini landskap politik negara digegarkan oleh...

Sultan Johor Titah Rakyat...

KUALA LUMPUR - Pelbagai tohmahan yang dilempar terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib...

Remaja Bunuh Diri Selepas...

HANYA kerana bergaduh dengan ibunya, seorang remaja berusia 13 tahun mengambil jalan singkat...

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

ISLAMABAD – Demi menjaga keselamatan anak gadisnya, seorang bapa menggunakan kaedah ‘istimewa’ yang tular di media sosial.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bapa yang terlalu sayangkan anaknya itu sanggup memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di atas kepala anaknya untuk tujuan perlindungan.

Sebuah rakaman video turut menunjukkan ‘gadis CCTV’ itu ditemu bual dan dia cuba menjelaskan bapanya mahu memantau segala aktiviti dan pergerakannya.

Dia turut berbangga kerana sentiasa ‘dijaga’ bapanya walaupun berada di luar rumah.

“Bapa saya seperti ‘pengawal keselamatan’ untuk saya yang akan sentiasa memerhati dalam apa jua keadaan,” ujarnya.


Menurutnya, Karachi merupakan lokasi yang agak panas buat wanita selepas seorang mangsa dilaporkan dibunuh kejam.

“Ibu bapa saya beri idea inovatif ini bagi mengelakkan kejadian sama menimpa saya,” jelasnya lagi.

Klip temu bual itu turut dikongsi di platform X dengan kapsyen ‘keselamatan tahap luar biasa’ dan ia telah meraih hampir 17,000 tontonan serta mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori