Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Mata Untuk Hafizh...

KUALA LUMPUR - Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan Grand Prix Motosikal...

PLUS Tutup Semua Lorong...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menamatkan perkhidmatan tambah nilai ‘Touch...

Gangguan Elektrik Di Pusat...

GOMBAK : Pusat pengiraan pengundian di Kolej Vokasional Gombak mengalami gangguan elektrik kira-kira...

Khazanah Mahu Raja Azmi...

SHAH ALAM - Peletakan jawatan Raja Azmi Raja Nazuddin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif...

Pegawai Tolak Opsyen SSPA Tidak Nikmati Pelarasan Gaji

KUALA LUMPUR : Pegawai yang menolak opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) tidak layak menerima pelarasan gaji yang akan dilaksanakan secara berperingkat pada 1 Disember tahun ini bagi Fasa 1 dan 1 Januari 2026 bagi Fasa 2.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), mereka yang turut tidak layak menerima pelarasan gaji ialah pegawai yang tidak lagi berkhidmat pada 1 Disember 2024 atau 1 Januari 2026.

Menurut pekeliling itu, pegawai yang layak menerima pelarasan gaji bagi Fasa 1 ialah pegawai yang dilantik sebelum 1 Disember tahun ini dan sedang berkhidmat pada tarikh sama atau pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada 1 Disember 2024.

“Bagi Fasa 2 pula, pegawai yang dilantik sebelum 1 Januari 2026 dan sedang berkhidmat pada 1 Januari 2026 atau pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada 1 Januari 2026,” menurut pekeliling yang disiarkan menerusi laman sesawang JPA.

Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus diberi secara berfasa kepada kumpulan perkhidmatan iaitu pengurusan dan profesional serta pelaksana dengan lapan peratus atau minimum RM240 bagi Fasa 1 manakala tujuh peratus bagi Fasa 2.

Mengenai kaedah dan prinsip pelarasan gaji bagi Fasa 1, pekeliling itu memaklumkan pegawai dengan gaji RM3,000 ke atas diberi pelarasan gaji sebanyak lapan peratus atau pegawai dengan gaji RM3,000 dan ke bawah diberi pelarasan gaji sebanyak RM240.

“Sekiranya gaji pegawai setelah diberi pelarasan gaji adalah di bawah daripada Gaji Permulaan Terendah (GPT) atau gaji permulaan skim perkhidmatan di bawah SSPA, gaji pegawai akan dipindah ke amaun GPT atau gaji permulaan skim perkhidmatan berkenaan.

Bagi pegawai yang menerima opsyen SSPA tetapi belum memenuhi syarat pertukaran pelantikan di bawah SSPA, gaji pegawai tertakluk kepada struktur gaji yang berkuat kuasa di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM).

“Selain itu, gaji pegawai akan dipindah berdasarkan skim perkhidmatan dan struktur gaji di bawah SSPA, sehari selepas pegawai memenuhi syarat pertukaran pelantikan di bawah SSPA,” menurut pekeliling itu.


Pemberian pelarasan gaji bagi Fasa 2 SSPA adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2025 ditambah dengan kadar tujuh peratus pada 1 Januari 2026.

“Pegawai yang tarikh pergerakan gaji adalah pada 1 Januari 2026, pelarasan gaji hendaklah diberi terlebih dahulu dan seterusnya diberi Pergerakan Gaji Tahunan (PGT), tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia,” katanya.

Sementara itu, pekeliling berkenaan menggariskan dua pemberian kemudahan baharu di bawah SSPA bagi memelihara kesejahteraan pegawai dengan mengimbangi kehidupan dan keperluan tugas.

Ia membabitkan pemberian kemudahan vaksin kepada pegawai yang diarahkan oleh ketua jabatan untuk mengambil vaksin atas sebab keperluan perkhidmatan atau keperluan melaksanakan tugas dengan jenis vaksin dan kadar pemberian adalah berdasarkan sokongan Kementerian Kesihatan.

Selain itu, pengwujudan Cuti Tanpa Rekod (CTR) Kelompok yang lebih fleksibel, dengan bilangan hari maksimum 20 hari setahun kalendar adalah gabungan 13 CTR sedia ada dengan tujuh CTR baharu.

“Pegawai boleh mengambil mana-mana jenis CTR Kelompok mengikut syarat ditetapkan dan mengatur bilangan hari CTR yang diambil mengikut keperluan pegawai tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan,” menurut pekeliling berkenaan.

Untuk makluman lanjut, boleh layari https://sspa.jpa.gov.my/index.php/pekeliling

–BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori