Sepang : Pemandu e-hailing yang tersepit di bawah teksi selepas dilanggar kenderaan itu ketika mangsa keluar memeriksa keretanya yang terbabit dalam kemalangan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, di sini, disahkan meninggal dunia.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa, Abd Ghani Abd Karim, 57, yang juga pemastautin tetap (PR) berbangsa kemboja bekerja sebagai pemandu e-haling.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Terdahulu, Harian Metro hari ini melaporkan lelaki tersepit di bawah teksi selepas dilanggar kenderaan itu ketika mangsa keluar memeriksa keretanya dalam kemalangan berhampiran KLIA Terminal 2, di sini, hari ini.
-Harian Metro