Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Telekomunikasi Di Batang Lupar...

KUCHING - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim...

Hutang Pinjaman Kereta Punca...

HUTANG pinjaman kereta dikenal pasti menjadi punca utama kalangan rakyat mengalami muflis. Menurut Ketua...

Hukuman Lebih Berat Menunggu...

KUALA LUMPUR - Pemburu haram yang memasang dan memiliki jerat bakal berdepan dengan...

Honda Lancar Edisi Terhad...

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia melancarkan edisi terhad CR-V dengan kit badan Mugen,...

Penat Kerja 18 Jam, Penghantar Makanan Mati Tidur Atas Motosikal

BEIJING: Menyedihkan pengakhiran seorang penghantar makanan di China, yang baru-baru ini meninggal dunia ketika berehat dengan tidur atas motosikalnya, selepas bekerja selama 18 jam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, kematian lelaki berkenaan mencetuskan perdebatan mengenai kebajikan dan hak undang-undang penunggang p-hailing di seluruh negara itu.

Insiden itu di Hangzhou, wilayah Zhejiang di timur China, dan ia mendapat perhatian umum selepas tularnya video kejadian di media sosial, pada 6 September lalu.

Rakaman video menunjukkan penghantar makanan dikenali Yuan, 55, meninggal dunia ketika tidur bagi berehat di atas motosikal elektriknya, selepas seharian bekerja.

Seorang saksi mendedahkan Yuan berada di situ, sejak kira-kira jam 9 malam pada 5 September sehingga dia ditemukan tidak bernyawa pada 1 pagi keesokan harinya oleh penghantar makanan lain.

Seorang individu bernama Yang Yang yang mengenali mangsa, berkongsi dengan Zonglan News bahawa Yuan mempunyai reputasi baik kerana rajin bekerja hingga mendapat jolokan ‘Raja Pesanan’.

Yuan biasanya memperoleh antara 500 yuan (kira-kira RM301) dan 600 yuan (kira-kira RM361) sehari, dengan pendapatan melebihi 700 yuan (kira-kira RM421) pada hari hujan.


“Dia sering bekerja sehingga 3 pagi, kemudian bangun pada 6 pagi untuk kembali bertugas.

“Apabila berasa letih, dia akan tidur sebentar di atas kenderaannya dan sedia untuk kembali bekerja sebaik sahaja pesanan masuk,” kata Yang.

Seorang lagi rakan sekerja Yuan dikenali sebagai Zhao Hua memberitahu Dingduan News, sebulan sebelum kematiannya, Yuan patah kaki akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika menghantar pesanan.

Dia berehat kira-kira 10 hari sebelum kembali bekerja.

Zhao berkata, Yuan berpindah dari wilayah Hubei di tengah China ke Hangzhou untuk mencari rezeki, dan menyara anak lelaki berumur 16 tahun yang belajar di sana.

Yuan juga mempunyai seorang anak lelaki dewasa yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori