Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gambar Istiadat Penghormatan Jenazah...

Perjalanan pulang terakhir bagi 20 jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17...

2 Bekas Pengarah Syarikat...

IPOH - Dua bekas pengarah sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

P. Pinang Tidak Rancang...

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai perancangan untuk menghalang penjualan arak...

Polis Melancarkan ‘Ops Godam...

KUALA LUMPUR - Polis kini melancarkan 'Ops Godam ATM' melibatkan pasukan khas daripada...

Pendakwaan Mohon CCTV Berkait Warga Israel Tidak Didedah Kepada Umum

Kuala Lumpur : Pasukan pendakwaan terhadap kes lelaki Israel yang berdepan dua tuduhan memiliki 200 peluru dan memperdagangkan enam pucuk pistol memohon kepada Mahkamah Sesyen di sini, hari ini supaya rakaman litar tertutup (CCTV) tidak didedahkan kepada umum selain saksi pakar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Rullizah Abdul Majid memaklumkan demikian ketika sebutan semula kes dihadapi lelaki yang juga memiliki pasport warga Perancis, Avitan Shalom, 38, di hadapan Hakim Norina Zainol Abidin.

Dalam prosiding hari ini, Rullizah berkata, semua dokumen sudah diserahkan kepada pihak pembelaan termasuk rakaman CCTV.

“Setakat ini tiada dokumen lagi untuk diserahkan kepada pembelaan,” katanya.

Menurutnya, pendakwaan memohon CCTV tidak diserahkan kepada mana-mana pihak atau umum.

Ditanya Norina sama ada CCTV itu akan dijadikan eksibit pendakwaan, Rullizah mengesahkannya.

Bagaimanapun, peguam Jeffrey Ooi mewakili Avitan memohon CCTV itu dibenarkan untuk ditunjuk dan diperiksa saksi pakar pembelaan.

“Kami perlu meneliti terlebih dulu CCTV ini dan mendapatkan analisis saksi pakar,” katanya.

Sementara itu mengenai perbicaraan, pihak pendakwaan memohon supaya tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini dijadualkan semula.

Ia berikutan salah seorang TPR Mohamad Mustaffa P Kunyalam dalam kes ini terbabit dengan satu lagi perbicaraan kes iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bertindih dengan kes perbicaraan Avitan.

Sebelum ini tarikh-tarikh perbicaraan itu ialah 30 September, 1 hingga 3 Oktober yang kemudian bersambung pada 7 hingga 11 Oktober.


“Jadi pihak pendakwaan mohon 30 September yang juga hari pertama perbicaraan, dijadikan sebagai sebutan kes untuk pihak-pihak menjadual semula tarikh-tarikh perbicaraan,” kata Rullizah yang kemudian permohonan itu juga tidak dibantah pembelaan.

Selepas mendengar makluman kedua-dua pihak, Norina menetapkan 30 September ini bagi sebutan semula kes dan penetapan tarikh perbicaraan yang baharu.

Pada 12 April lalu, Shalom didakwa di atas tuduhan memperdagangkan enam pistol jenis Glock 19 USA 9 x 19, Sig Sauer P320SP, Cougar 8000 FT, Glock 17 Gen4 Austria, M&P 9C Smith & Wesson Spring Field MA USA dan Stoeger Cougar 8000F (pindaan pada nombor siri) di sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, antara jam 6.46 petang, 26 Mac hingga 6 petang, 28 Mac lalu.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Shalom didakwa memperdagangkan enam jenis pistol antara jam 6.46 petang, 26 Mac dan 6 petang, 28 Mac lalu di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini.

Enam pistol berkenaan adalah Glock 19 USA 9x 19 (sebelum ini 9x 10), Sig Sauer P3205P, Cougar 8000FT, Glock 17 Gen4 Austria 9Ă—19, M&P (sebelum ini N&P), 9C Smith & Wesson Springfield MA USA dan Stoeger Cougar 8000F (pindaan pada nombor siri).

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sebat tidak kurang enam kali.

Bagi pertuduhan pindaan kedua membabitkan pertambahan bilangan peluru, pada masa, tarikh dan tempat sama.

Shalom didakwa memiliki satu kotak Shell Shock NAS3 9mm mengandungi lapan butir peluru, tiga kotak Bullet Master Co Ltd yang masing-masing mengandungi 50 butir peluru, 16 butir peluru yang berada di dalam senjata api Glock 17, 11 butir peluru yang berada di dalam senjata api, M&P 9C Smith & Wesson dan 15 butir peluru dalam senjata api, Stoeger Cougar 8000F.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-dua sekali.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori