Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Trump Tak Puas Hati...

LOS ANGELES - Mahkamah di Amerika Syarikat (AS) sebulat suara enggan mengembalikan semula...

Penularan Influenza Di Sekolah...

KUALA LUMPUR - Penularan virus Influenza A atau H1N1 yang dilaporkan berlaku di...

Penyatuan UMNO-PAS Terus Hantui...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa penyatuan UMNO...

Ibrahimovic, Pogba Suntik Semangat...

ZLATAN Ibrahimovic diturunkan dari bangku simpanan untuk penampilan pertamanya sejak April lalu ketika...

Pengasuh Taska Dituduh Bunuh Bayi Berusia 8 Bulan

Alor Gajah: Pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, minggu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Nor Afifah Abdullah Shuhaimi, 34, mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam prosiding didengar Majistret Dr Teoh Shu Yee.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Nor Afifah didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri berusia lapan bulan semasa berada di taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Jalan Kelemak Utama 3, Taman Kelemak Utama, di sini, 6 September lalu, antara 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.

Ibu kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali.

Pengarah Pendakwaan Negeri, Ahmad Sazali Omar menjalankan pendakwaan kes bersama-sama Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin dan Sharina Farhana Nor Sa’ari.

Tertuduh diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim.


Ahmad Sazali kemudian memohon tarikh sebutan baharu untuk mendapatkan laporan bedah siasat, kimia dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum kes boleh dipindahkan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Beliau juga tidak menawarkan jaminan kerana kes bunuh tidak boleh dijamin.

Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 13 November depan untuk pengurusan kes.

Terdahulu, tertuduh kedengaran sebak apabila disoal jurubahasa sama ada memahami atau tidak pertuduhan yang dibacakan dan menjawab dengan perlahan ‘faham’.

Selepas prosiding, tertuduh yang diberi kesempatan bertemu ahli keluarga turut menangis dan berpelukan.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori