Tuesday, September 17, 2024

Creating liberating content

Pengganas Guna Internet Cabaran...

MELAKA - Pengganas yang menggunakan internet sebagai medium untuk melakukan kegiatan mereka merupakan...

Anis Yusal Sifatkan ‘Amanah...

KUALA LUMPUR – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) Datuk...

Tak Perlu PKPD Seluruh...

KUALA LUMPUR - Tidak ada keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di...

Imigresen, ATM Kerjasama Latih...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memantapkan...

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Adlin Abdul Majid menarik diri daripada mendengar kes saman sivil AS$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Adlin ketika membacakan alasan penghakimannya, menegaskan tidak timbul soal berat sebelah walaupun beliau pernah pernah menjadi rakan kongsi firma guaman, Lee Hishammuddin Allen & Gledhill (LHAG) yang dilantik 1MDB dalam kes itu.

Saman 1MDB dan 10 syarikat lain terhadap isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu adalah berhubung pembelian barangan mewah berjumlah lebih AS$346 juta, yang didakwa diperoleh menerusi penyelewengan dana 1MDB.

“Saya sudah maklumkan kepada semua pihak di mahkamah ini mengenai hubungan saya dengan peguam dari firma Lee Hishammuddin Allen & Gledhill dan meminta peguam untuk mendapatkan arahan anak guam mereka.

“Namun, setelah tiga minggu, peguam memaklumkan kepada mahkamah, masih belum menerima arahan sebelum mereka mengubah kenyataan dan memaklumkan akan memfailkan permohonan supaya hakim menarik diri,” katanya.

Adlin menambah, permohonan untuk hakim menarik diri adalah perkara yang serius dan berpandangan pihak pembelaan membuat keputusan terburu-buru walaupun sudah diberi tempoh tiga minggu untuk mendapatkan arahan anak guam mereka.

Beliau memaklumkan, walaupun pernah berkhidmat di LHAG dan tidak terlibat secara langsung dengan kes yang dibawa, hubungan profesionalnya adalah dengan peguam firma berkenaan dan bukan dengan defendan.

“Permohonan yang dibuat adalah kebimbangan timbul ‘bias’ oleh saya terhadap defendan yang langsung tidak ada apa-apa kaitan. Oleh itu saya menolak semua alasan untuk permohonan ini,” katanya.


Peguam, Datuk Lim Chee Wee, yang mewakili plaintif, memberitahu mahkamah pihaknya memohon kos RM20,000 dan perlu dibayar oleh defendan dalam tempoh sebulan.

Sementara itu, peguam, Datuk Seri Rajan Navaratnam yang mewakili Rosmah meminta kos dikurangkan kepada RM10,000 yang kemudian dibenarkan oleh mahkamah untuk dibayar kepada semua plaintif dalam tempoh sebulan.

Adlin turut memberitahu, beliau akan berpindah ke mahkamah lain berkuat kuasa 17 Disember 2024 dan menetapkan 20 September depan untuk pengurusan kes di hadapan pembantu pendaftar mahkamah melalui e-review.

Jun lalu, Rosmah memfailkan permohonan supaya Adlin menarik diri daripada mendengar kes saman sivil berkenaan kerana hakim itu pernah menjadi rakan kongsi firma guaman yang dilantik 1MDB pada 2018 untuk mewakili syarikat itu.

Beliau menekankan terdapat ‘real danger of bias’ kerana Adlin pernah menjadi peguam di firma LHAG, selain haknya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.

1MDB dan SRC International menuntut Rosmah membayar AS$346 juta yang didakwa digunakan untuk membeli barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain dari dana syarikat itu, selain memohon deklarasi bahawa mereka mempunyai hak terhadap barangan mewah terbabit.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori