Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Operasi Ditamat, Tiada Lagi...

KUCHING - Operasi mencari dan menyelamat mangsa letupan gas di CityOne Megamall, di...

Cuepacs Puas Hati Dengan...

JOHOR BAHRU - Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda berkata pihaknya berpuas hati dengan...

Gempa Bermagnitud 4.0 Gegar...

KOTA KINABALU - Gempa bumi bermagnitud 4.0 skala Richter menggegarkan kawasan sekitar Gunung...

Doktor Kontrak, Sijil Vaksin...

KUALA LUMPUR - Perancangan masa depan untuk doktor kontrak, maklumat penerima vaksin yang...

Pesara Jururawat Rugi RM1.9 Juta Diperdaya Skim Pelaburan Palsu

ALOR SETAR: Seorang pesara jururawat berusia 76 tahun kerugian lebih RM1.9 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mangsa yang sebelum ini bekerja di Sydney, Australia pada mulanya melihat peluang pelaburan itu yang diiklankan di laman YouTube.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kedah, Superintendan Loi Yew Lik berkata mangsa kemudian berurusan dengan wakil syarikat terbabit dan diterangkan berkaitan pelaburan itu melalui kelas atas talian yang diadakan pihak syarikat.

Pengadu turut membuat bayaran modal berjumlah RM100,000 pada 17 Jun lalu dan selepas itu pengadu terus membuat bayaran sebanyak 19 kali transaksi ke pelbagai akaun bank yang dibekalkan.

“Bagaimanapun selepas membuat bayaran berjumlah RM1,902,070, mangsa tidak mendapat sebarang keuntungan.


“Pengadu dijanji akan mendapati keuntungan dalam tempoh sebulan, namun sehingga laporan polis dibuat semalam di Balai Polis Jitra, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, pengadu tidak menerima sebarang pulangan.

“Pengadu mulai curiga dan mengesyaki dirinya ditipu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yew Lik berkata, siasatan mendapati skim pelaburan itu adalah palsu dan menggunakan nama pelaburan Capital Dynamic, firma pelaburan antarabangsa.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori