Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Graduan UiTM Ini Sanggup...

KITA sering mendengar rungutan pelajar lepasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia mengeluh kerana sukar...

Kes Baharu Covid-19 Melonjak...

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara merekodkan 21 kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif...

Tauke Jambu Selamat Bertunang...

PELAWAK Tauke Jambu dikhabarkan sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis kelahiran Terengganu yang...

Muzium Kafe Pulau Pinang...

GEORGETOWN - Muzium bertemakan kafe pertama di Pulau Pinang akan dibuka pada 1...

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kilang terletak di sini bakal memainkan peranan penting dalam strategi pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), selaras dengan inisiatif GEAR-uP Kementerian Kewangan di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kilang canggih itu bakal memainkan peranan penting dalam mengukuhkan sektor penjagaan kesihatan Malaysia dengan mengurangkan kebergantungan kepada biofarmaseutikal import, seperti insulin dan vaksin.

“Malaysia bakal mencapai pencapaian penting dalam sektor penjagaan kesihatan dengan pengeluaran insulin manusia, biosimilar dan vaksin buatan tempatan, susulan pelancaran kilang biofarmaseutikal milik tempatan pertama negara oleh Pharmaniaga.

“Sebagai pemegang saham utama Pharmaniaga melalui Boustead Holdings Bhd, LTAT komited untuk meningkatkan penciptaan nilai farmaseutikal Malaysia dengan memperkukuh kapasiti pengeluaran produk biofarmaseutikal tempatan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kilang milik Pharmaniaga di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Mohammad Yusof Apdal; Ketua Eksekutif LTAT,Mohammad Ashraf Md Radzi; dan Pengarah Urusan Pharmaniaga, Zulkifli Jafar.

Sementara itu, Zulkifli berkata, kemudahan pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin itu bakal memberikan keterlihatan pendapatan sekitar RM400 juta setahun kepada Pharmaniaga, merangkumi RM300 juta untuk vaksin dan baki RM100 juta insulin.

“Pelancaran kilang biofarmaseutikal milik tempatan pertama Malaysia adalah detik yang membanggakan bagi kami. Kemudahan ini bukan sahaja untuk memastikan bekalan ubat-ubatan kritikal yang berterusan, ia juga menjamin masa depan bekalan ubat-ubatan Malaysia.


“Dengan membina keupayaan tempatan, kami berhasrat untuk membantu kerajaan mengurangkan pergantungan negara kepada import, terutamanya bagi item kritikal seperti insulin dan vaksin, menggalakkan sistem penjagaan kesihatan yang lebih berdaya tahan dan meningkatkan aksesibiliti rakyat terhadap ubat-ubatan,” katanya.

Beliau berkata, permintaan untuk insulin dijangka terus meningkat dengan 4.4 juta rakyat Malaysia kini menghidap diabetes dan jumlahnya dijangka melonjak kepada 5.1 juta menjelang 2030.

“Pengeluaran insulin secara tempatan memastikan keselamatan bekalan jangka panjang dan kilang ini akan menjadi kemudahan penting dalam memenuhi keperluan yang semakin meningkat pesakit diabetes di Malaysia,” katanya.

Kemudahan biofarmaseutikal Pharmaniaga kini telah siap sepenuhnya dan sedang menjalani prosedur simulasi untuk persiapan pengeluaran kelompok pengesahan proses, serta mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa kawal selia berkaitan.

Diperakui oleh Amalan Pengilangan Baik Kesatuan Eropah (EU GMP), kilang ini mampu menghasilkan sehingga 30 juta dos insulin manusia setiap tahun, melebihi permintaan semasa Malaysia yang berjumlah kira-kira 25 juta dos setahun.

Selain insulin, kilang pengeluaran itu berupaya menghasilkan biofarmaseutikal kritikal lain, termasuk vaksin dan biosimilar lain, yang seterusnya menyumbang kepada daya tahan penjagaan kesihatan negara.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori