Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pesuruhjaya Tinggi Britain Pun...

KISAH rendang 'rangup' yang mula menjadi perhatian netizen sejak semalam ini masih lagi...

Hazama Akui Mungkin Berkahwin...

SELEPAS tiga tahun menjalin hubungan cinta, Hazama mengakui ada niat untuk menamatkan zaman...

Kontraktor Dan 13 Buruh...

MACHANG – Seorang kontraktor dan 13 buruh dihadapkan di Mahkamah Majistret Machang di...

Bilangan Penjaga Warga Emas...

HULU SELANGOR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

Polis Cari Penulis Indonesia Kes Pemerdagangan Manusia Babit Bekas Timbalan Menteri

PUTRAJAYA: Polis sedang mengesan beberapa penulis artikel dari negara jiran untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang didakwa membabitkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan suami.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya juga masih mengesan seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ yang didakwa terbabit dalam jenayah itu untuk diambil keterangan.

“Siasatan polis adalah berkaitan pembabitan beliau (Mashitah) dalam dakwaan pemerdagangan orang, itu sahaja.

“Siasatan juga masih diteruskan dengan dengan mengesan Datuk Seri yang didakwa itu serta penulis-penulis artikel termasuk dari Indonesia, yang perlu dirakam percakapan,” katanya pada Persidangan Keselamatan Dalam Negara 2024, di sini, hari ini.

Baru-baru ini Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pembabitan seorang ahli politik di negara ini bersama suaminya, membabitkan sebuah kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Mashitah bagaimanapun tampil menafikan terbabit dan mendakwa, tuduhan itu dikutip daripada media picisan di Indonesia.


Mengulas lanjut, Razarudin berkata hanya tiga percakapan yang direkodkan pihaknya setakat ini.

Katanya, setakat ini pihaknya juga masih mengesan sama ada terdapat individu yang melarikan diri selepas dakwaan itu timbul.

“Kita juga akan membuat semakan akaun (bank) dalam meneruskan siasatan berkenaan.

Ditanya mengenai siasatan terhadap laporan pemerdagangan manusia ‘Justice For Mynamar’ yang mengaitkan dengan pelbagai individu termasuk dari Malaysia, Razarudin berkata pihaknya menjalankan siasatan terperinci selepas membuka kertas siasataan pada Julai lalu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori