Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib, Arul Kanda Akan...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sekali lagi dihadapkan...

Pakatan Terima Mahathir Dasar...

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan terus berselindung disebalik hujah agama bagi memujuk penyokongnya...

“Jika Ayah Sanggup Ketepikan...

"JIKA ayah sanggup ketepikan telefon, saya sanggup tukar dengan nyawa saya. Saya sayang...

Botakkan Kepala Mangsa, ‘Trend’...

JIKA sebelum ini kita dikejutkan dengan kes buli 'Singlet Hitam', kini kes buli nampaknya...

Polis KL Rampas 19.5 Juta Kilogram Dadah, Tahan Tiga Individu

KUALA LUMPUR : Polis merampas sebanyak 19.5 kilogram dadah jenis ketamin dan ekstasi bernilai RM1.6 juta dalam satu operasi di sekitar ibu negara dan Selangor pada Isnin lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Kuala Lumpur (KL), Datuk Rusdi Mohd Isa berkata dalam serbuan itu, tiga lelaki tempatan berusia antara 23 hingga 30 tahun ditahan di Cheras dipercayai pengedar dadah.

Katanya, ketika serbuan itu, polis memeriksa sebuah beg yang dipegang oleh suspek pertama dan menemui dadah disyaki ketamin dengan anggaran berat 10.5 kilogram dan bernilai kira-kira RM500,000.

“Susulan itu, sepasukan anggota bersama suspek ke sebuah kondominium di Cheras Perdana, Selangor dan menemui tiga bungkusan plastik dadah disyaki ekstasi seberat kira-kira 5.2 kg dan dua bungkusan ketamin kira-kira empat kilogram.

“Rumah itu dipercayai dijadikan lokasi untuk penyimpanan dadah yang kita syaki untuk pasaran tempatan,” katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Rusdi berkata, dadah yang dirampas itu dipercayai dari luar negara dan jika diedarkan, ia boleh digunakan untuk 40,000 pengguna.

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya turut menyita harta suspek bernilai RM66,900 termasuk kereta jenis Myvi.

“Suspek direman enam hari sehingga 9 September mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori