Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Selesai Kes Farid, Sharnaaz...

SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad yang begitu lantang dalam bersuara...

Mayat Warga India Jatuh...

MIRI - Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menjumpai mayat seorang juragan warga...

Sardin Penyelamat Pantas Tatkala...

KEBIASAANYA jika berada di kampung, air kelapa muda akan dijadikan penawar mudah bagi...

Megan Fox, Suami Berpisah...

SELEPAS lima tahun mendirikan rumah tangga, pasangan pelakon Hollywood, Megan Fox dan Brian...

Polis Pahang Lupus 12 Jenis Dadah Bernilai Lebih Setengah Juta

KUANTAN: Polis Pahang akan melupuskan 12 jenis dadah dianggarkan bernilai RM535,009 yang dirampas dari 2011 hingga tahun ini, esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata dadah itu dilupuskan selepas mendapat perintah mahkamah berikutan prosiding mahkamah selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman dikenakan terhadap pesalah kes terbabit tamat.

“Antara dadah yang dilupuskan ialah heroin seberat 8,465.45 gram, methamphetamine (22,041.39 gram), ketamin (237.92 gram), ubat batuk (310.69 liter), air ketum (4,840.85 liter) dan daun ketum (70,016.71 gram).

“Turut dilupuskan ialah yaba seberat 149.19 gram, ecstasy (56.06 gram) dan pil psikotropik 0.10 gram).

“Jumlah anggaran keseluruhan nilai pasaran dadah yang akan dilupuskan bernilai RM535,009,” katanya pada sidang media pelupusan barang kes dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang di sini, hari ini.


Yahaya berkata, pelupusan dadah itu akan dilaksanakan oleh kontraktor bertauliah dan profesional di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan, pada jam 11 pagi, esok.

“Syabas dan tahniah kepada semua pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang.

“Harapan saya semoga kita dapat bersama dalam menangani masalah dadah ke arah Malaysia selamat dan bebas dadah supaya anak-anak kita dapat membesar serta menjadi generasi yang berdaya saing dan berjaya pada masa akan datang,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori