Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Sahabat Media-Terengganu Berkayak 2...

Para wakil media yang menyertai program Sahabat Media-Terengganu Budaya dan Seni 2014 diuji...

Pelari Belgium Yang Hilang...

KUALA LUMPUR - Seorang warga Belgium yang dilaporkan hilang semasa menyertai Larian International...

Pelaksanaan Subsidi Minyak Ditangguh

PETALING JAYA – Kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan subsidi minyak untuk golongan B40 yang...

Wanita Buddha Dijel 18...

BALASAN... Seorang wanita dihukum penjara 18 bulan kerana mengadu mengenai laungan azan dari...

Polis Siasat Dakwaan Pusat Kuarantin GISBH, Lokasi Indoktrinasi, Dera Mental Ahli

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kewujudan pusat kuarantin Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) di dalam dan luar negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, maklumat berkenaan di muat naik menerusi akaun Facebook Pusat Kajian Ajaran Sesar (Pukas).

“Pusat kuarantin ini dipercayai tempat indoktrinasi dan penderaan mental terhadap ahli GISBH yang bermasalah.

“Selain itu, PDRM juga sedang giat mengesan aset-aset yang dikaitkan atau dimiliki oleh GISBH bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Razarudin berkata, berhubung kenyataan media yang dikeluarkan pada 25 September lalu yang menyatakan ‘GISBH tidak pernah membayar cukai berkairan’ adalah merujuk kepada tahun taksiran terkini.

“Adalah diperjelaskan bahawa kenyataan itu merujuk kepada tahun taksiran terkini yang sedang disiasat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan kerjasama PDRM.

“Siasatan ini memfokuskan kepada beberapa syarikat di bawah GISBH yang dipercayai gagal mematuhi beberapa peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya.

Menurutnya, PDRM juga sudah membuka 10 kertas siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 hasil laporan polis berhubung isu buruh paksa yang diterima daripada beberapa individu yang pernah bekerja dengan syarikat GISBH.


Harian Metro dan Metro Ahad menerusi laporan eksklusif sejak 7 September lalu melaporkan, bakar tangan, cabut rumput sehingga penuh plastik hitam dan salah laku seksual antara bentuk penderaan yang dilakukan sebuah rumah kebajikan yang bernaung di bawah sebuah syarikat berkaitan produk Islam terkenal.

Malah, ada dalam kalangan mereka menjadi mangsa liwat dan lebih malang selepas diliwat mereka pula akan dipaksa meliwat rakan lain oleh penjaga.

Kegiatan penderaan fizikal itu dikatakan berlaku sejak lebih 10 tahun lalu membabitkan penghuni di rumah berkenaan terbongkar selepas seorang penjaga berusia 19 tahun ditahan pihak berkuasa Rabu lalu di Seremban, Negeri Sembilan.

Susulan pendedahan akhbar ini, ia turut mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata, kementeriannya akan berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyelamatkan kanak-kanak terancam dan perlukan perlindungan.

Susulan itu, polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 10 September lalu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori