Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rihanna Terkejut Suara Peminat...

KEBIASAANNYA dalam mana-mana konsert, ada penyanyi gemar hulur mikrofon ketika sedang mendendangkan lagu...

Amaran Ribut Petir Di...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di enam...

Mourinho Ramal England Tersingkir...

JANGKAAN... Jose Mourinho meramalkan England akan tersingkir dari Piala Dunia 2018 di tangan...

Wanita Bogel, Gosok Badan...

SEORANG pelancong wanita telah mencetuskan kemarahan masyarakat tempatan selepas dia didapati menggesekkan tubuhnya...

PRK Mahkota: ‘Harap Calon BN Terus Bela Nasib Rakyat’

KLUANG: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mengharapkan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) terpilih sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu dapat membawa kemajuan dan terus membela nasib rakyat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pesara kerajaan, Atan Omar, 80, sejak dahulu lagi parti UMNO sahaja yang mampu membela nasib orang Melayu.

“Saya bekas Bendahari Cawangan di Mersing sebelum ini dan saya minta maaf kalau orang marah saya, saya memang minta UMNO kekal memerintah sampai bila-bila.

“Setakat ini kami dapat rasa nikmat kemajuan ekonomi dan harapan saya siapa pun calon BN, biarlah dia meneruskan rekod kejayaan UMNO di sini,” katanya ketika ditemui di Kampung Melayu di sini hari ini.

Pekerja swasta, Noor Nadirah Syariff, 29, berkata jika calon BN dipilih pada pilihan raya kelak, dia berharap calon itu membawa masuk industri baharu ke Kluang sekali gus mencipta peluang pekerjaan baharu.

“Peluang pekerjaan dalam bidang pentadbiran di sini susah nak dapat. Macam saya ada kelulusan Diploma Pengurusan Pejabat.

“Tetapi, sejak tujuh tahun lalu saya bekerja sebagai juruwang di sebuah stesen minyak kerana susah nak dapat kerja mengikut kelulusan di sini,” katanya.

Bagi pekerja kedai makan, Mohd Azwan Sahali, 21, dia berharap calon yang bakal dipilih nanti dapat membawa suara anak muda yang gagal dalam pelajaran supaya dapat memiliki sijil kemahiran.

“Ada orang yang gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan keciciran sekolah. Golongan ini perlu didekati serta dibimbing demi masa depan yang lebih baik.


“Ada juga golongan pekerja yang mempunyai gaji tetap, tetapi tiada penyata gaji juga perlu dibantu untuk memiliki rumah,” katanya.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi berharap calon yang menang nanti adalah seorang yang mudah didekati.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum ini (Datuk Sharifah Azizah Syed Zain) seorang pemimpin yang mudah didekati.

“Sampai jika kita telefon atau hantar pesanan, memang cepat Allahyarham balas. Inilah pemimpin yang kita harapkan.

“Saya pun tahu calon BN sekarang, Syed Hussien Syed Abdullah seorang yang bagus dan bolet buat kerja,” katanya.

Semalam, BN mengumumkan Syed Hussein, 40, sebagai calon PRK DUN Mahkota pada 28 September ini.

Ia diumumkan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon BN bagi PRK DUN Mahkota di Command Centre BN di Taman Sri Kluang petang semalam.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori