Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Beli Victoria’s Secret Dapat...

JENAMA pakaian dalam wanita popular Victoria's Secret (VS) menawarkan satu payung percuma dengan...

Seorang Militan Malaysia Terbunuh...

KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia yang terlibat dengan militan Negara Islam (IS),...

Farid Kamil Akan Mengaku...

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini, hari ini diberitahu pelakon dan pengarah...

Harimau Yang Dilanggar Bukan...

KEMAMAN - Jabatan Perhilitan Terengganu mengesahkan harimau belang yang dilanggar di kilometer 321.2...

PRK Mahkota: PN Nafi Pas Tak Bantu Kempen

KLUANG – Perikatan Nasional (PN) menafikan jentera Pas tidak turun padang membantu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Bilik Gerakan Utama (BGU) PN bagi PRK DUN Mahkota, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, jentera Pas sudah berkampung di DUN Mahkota sebelum hari penamaan calon lagi bagi menggerakkan kempen.

“Tak betul tohmahan pihak lawan bahawa Pas tidak kelihatan di lapangan untuk membantu calon.

“Timbalan dan Naib Presiden Pas telah berada di Mahkota untuk membantu kempen, begitu juga Ketua Dewan Ulama Pas dan Ketua Pemuda Pas sudah ada di Mahkota.

“Malah ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Tanjung Lumpur dan ADUN Maharani pun sudah ada untuk membantu kempen, begitu juga jentera daripada Muslimat Pas,” katanya pada sidang akhbar selepas program makan tengah hari Pengarah PRK DUN Mahkota, Datuk Dr Sahruddin Jamal bersama media di Taman Seri Impian di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua parti dalam PN bergerak dalam satu pasukan atas tiket gabungan itu.


“Selain Pas, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Progresif Penduduk (MyPPP) juga membantu calon PN berkempen,” tegasnya.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

PN mempertaruhkan Mohamad Haizan Jaafar yang juga merupakan bekas pemain bola sepak Johor, manakala Barisan Nasional (BN) meletakkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah bagi mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) lalu.

Pada PRN 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori