Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PRN: PRM Tanding 15...

GEORGE TOWN : Parti Rakyat Malaysia (PRM) akan bertanding 15 kerusi Dewan Undangan...

Ahli Farmasi Komuniti Disenarai...

PUTRAJAYA - Hampir 4,000 ahli farmasi komuniti di seluruh negara akan mendapat suntikan...

Warga Emas Hilang Semasa...

BINTULU - Seorang warga emas yang mencari udang sejak tiga hari lepas di...

Mansuh Akta 803 Bukan...

PUTRAJAYA - Pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 (Akta 803) adalah selaras dengan...

PRK Mahkota: Tentera, Polis Tunai Kewajipan Esok

KLUANG – Seramai 4,510 anggota tentera dan pasangan serta 401 anggota polis akan mengundi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Proses pengundian akan berlangsung di tiga pusat mengundi awal iaitu di Dewan Mahkota yang terletak dalam Kem Mahkota, Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sir Ibrahim.

Semua pusat mengundi akan dibuka 8 pagi dan ditutup pada 5 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik di bandar Kluang pagi esok namun ribut petir dijangka melanda pada sebelah petang.


PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

DUN Mahkota yang terletak dalam Parlimen Kluang mempunyai keseluruhan 66,318 pengundi.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori