Wednesday, September 18, 2024

Creating liberating content

Razakan Selamat Dikebumi Di...

TUARAN - Jenazah pengawal peribadi Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Allahyarham Razakan B Seran...

Dr. Mahathir Lepaskan Portfolio...

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau terpaksa melepaskan portfolio Pendidikan...

21 Kes Baharu Covid-19,...

MALAYSIA mencatatkan 21 kes baharu positif Covid-19 sehingga jam 12 tengah hari ini...

Anggota Polis Mabuk Lepaskan...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan setelah melepaskan tembakan di...

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

KLUANG – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui undi melibatkan kira-kira 50 peratus pengundi yang menetap di luar DUN Mahkota menjadi cabaran buat BN untuk mengekalkan kemenangan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sehubungan itu menurutnya, kerjasama dilakukan bersama parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan memastikan kumpulan tersebut pulang mengundi.

“Banyak cabaran yang harus kita santuni dari dalam dan luar untuk pengundi keluar mengundi.

“Antara cabaran, isu bersifat nasional pasti akan digunakan. (Selain itu) kita dapati kira-kira 50 peratus pengundi DUN Mahkota adalah pengundi yang tinggal di luar kawasan Dun, termasuk luar kawasan Kluang.

“Ramai juga yang bekerja di Singapura. Tapi melalui perundingan dengan parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, kita cari jalan untuk minta mereka pulang mengundi pada 28 September ini,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon PRK DUN Mahkota, di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini pada Sabtu.

Ditanya sejauh mana BN mampu mengekalkan kerusi yang disandang, beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak terlalu meletakkan keyakinan sebagai asas.


Namun katanya, usaha memastikan kemenangan memihak semula kepada BN tidak akan diabaikan.

“Kita bersyukur kerana sebelum ini kita menang lebih 5,200 undi.

“Bekas ADUN juga dah berikan perkhidmatan yg sangat baik sebelum ini. Ia memudahkan calon kita meneruskan kesinambungan bagi kawasan ini,” katanya.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Syed Hussien (BN) dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61.

-Sinar Harian

2 KOMEN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori