Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pemilik Kereta Ganggu Tugas...

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial sejak semalam, seorang pemilik kereta menganggu...

Kerajaan Batal Projek Laluan...

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan...

Torres Bakal Tinggalkan Atletico...

FERNANDO Torres merancang untuk meninggalkan kelab sebaik sahaja kontraknya tamat musim ini. Penyerang Atletico...

Pegusaha PKS Digalak Guna...

KOTA BAHARU - Pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) digalakkan menggunakan aplikasi e-dagang...

Reman 24 Suspek Termasuk CEO GISBH, Isteri Disambung Hingga Sabtu

SHAH ALAM: Tempoh tahanan reman 24 individu termasuk Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri disambung empat hari lagi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali membenarkan permohonan polis untuk menyambung reman semua suspek berusia antara 25 hingga 65 tahun sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan lanjut berhubung tindakan eksploitasi dan pemerdagangan kanak-kanak.

Pada prosiding hari ini, semua suspek diwakili Peguam Rosli Kamaruddin.

Sebelum ini, semua suspek menjalani tahanan reman selama tujuh hari bermula 19 September lalu yang mana ia sepatutnya tamat hari ini.

Sementara itu dalam prosiding di mahkamah berasingan, Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman menolak permohonan bebas dengan bon jaminan terhadap 22 wanita dipercayai pengikut GISBH mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.

Terdahulu, pimpinan kanan GISBH hadir ke mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi dengan dikawal ketat anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta Pasukan Gerakan Am (PGA).

Sebelum ini, 19 individu dilapor ditahan di empat unit kondominium di Jalan Imbi, Bukit Bintang dekat sini kira-kira jam 5.40 pagi pada Khamis lalu.


Selain itu, lima lagi termasuk seorang yang difahamkan anak kepada pemimpin utama syarikat terbabit ditahan di Bukit Kayu Hitam, Kedah kira-kira jam 6 petang 18 September lalu dengan reman mereka juga tamat hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 32(a) Akta Kanak-kanak 2001, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022.

Terbaru, PDRM mendedahkan 280 premis berkaitan syarikat GISBH diserbu di seluruh negara menerusi fasa empat Op Global sejak Sabtu lalu.

Pemeriksaan mendapati 59 premis mempunyai penghuni, manakala 221 lagi kosong selepas ahlinya dipercayai melarikan diri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, seramai 156 orang terdiri 80 lelaki dan 76 wanita ditangkap, manakala 187 mangsa diselamatkan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori