Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Komuniti ASEAN Beri Manfaat...

KUALA LUMPUR - Penubuhan Komuniti ASEAN menjelang akhir tahun ini bukan sahaja memanfaatkan...

Bantu Usaha SPRM, Sejuta...

PUTRAJAYA - PAS akan menggerakkan lebih sejuta anggotanya menjadi Sahabat Gerakan Revolusi Antirasuah (Gerah) sebagai menyokong...

5,812 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 menurun sedikit dengan 5,812 kes dilaporkan di...

Penjara 22 Tahun Kerana...

SEORANG lelaki dihukum penjara selama 22 tahun selepas didapati bersalah mencuri alat...

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Terengganu, Pahang, Johor, Sabah

KUALA LUMPUR : Ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang diramal melanda Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran memaklumkan di Terengganu, cuaca itu diramal melanda kawasan Dungun dan Kemaman manakala Pahang membabitkan Pekan dan Rompin.

Katanya, di Johor ia membabitkan Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah meliputi Telupid dan Sandakan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.


“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

METMalaysia dalam masa menasihatkan orang ramai sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori