Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Haslin, Mufti Menk Boleh...

BERITA BAIK... Khabar gembira buat semua peminat Ustaz Haslin Baharim dan Ismail Musa...

Pegawai Eksekutif KKIA Bebas...

KOTA KINABALU - Seorang pegawai eksekutif unit komersial Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu...

Terdapat Peniaga Di Temerloh...

TEMERLOH - Kerajaan negeri kesal dengan tindakan segelintir peniaga di daerah ini yang...

Tapis Pendakwah Asing Elak...

KUALA LUMPUR - Pendakwah dari negara luar perlu melalui proses tapisan keselamatan pihak...

Runtuhan Jambatan Baltimore: AS Saman Pemilik Dan Pengendali Kapal, Tuntut Lebih AS$100j

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) semalam menyaman pemilik dan pengendali sebuah kapal kargo yang merempuh jambatan di Baltimore pada Mac lalu, bagi mendapatkan semula kos lebih AS$100 juta, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam insiden pada 26 Mac lalu, kapal kargo itu merempuh satu daripada tiang sokongan Jambatan Francis Scott Key yang mempunyai empat lorong di Pelabuhan Baltimore, menyebabkan ia runtuh dan membunuh enam pekerja yang sedang menjalankan kerja pembinaan rutin ketika itu.

Jabatan Kehakiman AS memfailkan tuntutan sivil terhadap Grace Ocean Private Limited dan juga Synergy Marine Private Limited, iaitu syarikat Singapura yang memiliki serta mengendalikan kapal berkenaan.

“Jabatan Kehakiman komited memastikan akauntabiliti bagi mereka yang bertanggungjawab atas kemusnahan Jambatan Francis Scott Key sehingga mengakibatkan kematian tragis enam orang serta mengganggu infrastruktur pengangkutan dan pertahanan negara kita.


“Dengan tuntutan sivil ini, Jabatan Kehakiman sedang berusaha memastikan kos membersihkan terusan dan membuka semula Pelabuhan Baltimore ditanggung oleh syarikat yang menyebabkan kemalangan itu, bukan oleh pembayar cukai Amerika,” kata Peguam Negara AS, Merrick Garland.

Kira-kira 50,000 tan keluli, konkrit dan asfalt telah dialih keluar dari terusan serta kapal berkenaan ketika usaha pemulihan.

Menurut penemuan awal, terdapat masalah dengan bekalan kuasa kapal berkenaan sebelum kemalangan berlaku.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori