Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Perbuatan Sabotaj Sistem myIMMs...

KUALA LUMPUR - Kegiatan mensabotaj pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) di Jabatan Imigresen...

Operasi Potong Bekalan Air...

KUALA LUMPUR – Orang ramai di Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Sabak Bernam,...

Imigresen Tahan 163 Pati...

JOHOR BAHARU - Jabatan Imigresen Johor menahan 163 pendatang asing tanpa izin dalam...

Polis Thai Berkas Rakyat...

BANGKOK – Sangkaan seorang lelaki berusia 60 tahun yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia...

Sekolah Terkesan Banjir Teruskan Pembelajaran Guna PdPR – KPM

PUTRAJAYA – Institut pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terkesan banjir dan dijadikan pusat pemindahan sementara PPS akan meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan ia sama ada melibatkan semua murid untuk berada di rumah ataupun sebilangan murid tertentu akan melaksanakan PdPR dan pihak sekolah akan memaklumkan mengenai perkara berkenaan kepada mereka yang terjejas.

“Bagi murid yang berada di PPS premis sekolah, pihak jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) telah menggerakkan Smart Support Team (SST) dan Academic Support

Team (AST) untuk membantu murid dari aspek kaunseling dan pembelajaran,” kata KPM.

Setakat semalam (21 September), lima sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Kedah masih dilanda banjir, manakala 36 institusi pendidikan di tiga negeri pula masih dijadikan PPS.


Ia melibatkan 20 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah iaitu 34 PPS dibuka di Kedah serta Pulau Pinang dan Perak masing-masing satu PPS.

“Seramai 1,056 orang murid KPM masih berada di PPS premis sekolah manakala Perlis telah pulih sepenuhnya dengan semua PPS premis sekolah telah ditutup,” kata KPM yang menambah kementerian itu sentiasa memantau situasi banjir untuk memastikan keselamatan warganya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata, KPM akan menentukan sesi persekolahan bagi sekolah di Kedah yang terjejas akibat banjir atau PPS, termasuk mempertimbang untuk memberi kelonggaran kepada sekolah terlibat.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori