Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kesedaran Kerusi Khas Bayi...

ALOR SETAR - Tahap kesedaran terhadap penggunaan kerusi keselamatan bayi atau kanak-kanak dalam...

Video: Hebat! Budak 5...

SIAPA yang menafikan kehebatan budak ni berkungfu memang buta kayu.Dalam video berdurasi 1:24...

Video: Fuh… Satu Basikal,...

AKSI dua kanak-kanak lelaki di Indonesia yang gigih berganding tenaga mengayuh sebuah basikal...

Apa Kisahnya Harimau Malaya?

PELUANG terbaik dimiliki skuad Harimau Malaya dalam melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia...

Serang Tebing Barat Untuk Pertahan Diri: ‘Dakwaan Israel Tidak Berasas’ – Pelapor Khas PBB

GAZA: Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk wilayah Palestin yang diduduki, Francesca Albanese, melontarkan kritikan keras terhadap Israel kerana cuba menjustifikasikan serangan ketenteraan rejim itu di Tebing Barat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau menegaskan, Tel Aviv tidak boleh mendakwa bahawa pendudukan dan tindakannya di kawasan berkenaan adalah langkah mempertahankan diri.

Sejak Rabu lalu, tentera Israel melancarkan serangan berskala besar dan berterusan di beberapa bandar meliputi Tulkarm, Jenin serta Tubas di utara Tebing Barat – yang terbesar sejak 2002 – sehingga menyaksikan pertumpahan darah ramai warga Palestin.

“Israel mendakwa bahawa apa yang dilakukannya di Tebing Barat mempunyai justifikasi mengikut undang-undang pertahanan diri. Dakwaan ini adalah tidak berasas,” kata Albanese dalam satu kenyataan melalui X, Jumaat lalu, sebagaimana dilaporkan portal Al-Quds.

Malah, Albanese berkata, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kira-kira 20 tahun lalu telah memutuskan Israel tidak boleh menggunakan alasan mempertahankan diri mengikut Perkara 51 Piagam PBB untuk mewajarkan tindakannya membina tembok di wilayah Palestin yang diduduki.

Katanya, ICJ baru-baru ini mengesahkan lagi pendirian itu apabila menegaskan ‘kehadiran Israel di wilayah Palestin yang diduduki adalah haram dengan sendirinya.’


Justeru, beliau menekankan, pendudukan Israel di wilayah Palestin tidak boleh dijustifikasikan dengan sebarang dakwaan ‘mempertahankan diri’, sekali gus membidas tindakan Israel memanipulasi undang-undang antarabangsa.

Katanya, tindakan Israel memutar belit undang-undang pertahanan diri adalah satu cubaan tanpa malu bertujuan memberi ‘legitimasi’ untuk mengekalkan pencerobohan haram mereka terhadap integriti wilayah dan kemerdekaan politik Negara Palestin.

Albanese menekankan, pengunduran Israel dari wilayah diduduki adalah penting untuk mencapai keselamatan yang sebenar.

“Jika Israel benar-benar mahu mencapai keselamatan sebagaimana didakwanya, cara terbaik dan jelas untuk melakukannya ialah dengan menghentikan penjajahan mereka di tanah orang lain, berundur dari dari semua wilayah, dan membayar ganti rugi atas kemusnahan yang dideritai (sebagaimana diputuskan oleh ICJ), selain mesti memohon maaf kepada mangsa ketika mengundurkan diri,” katanya.

ICJ dalam satu Pendapat Nasihat bersejarah pada 19 Julai lalu, mengisytiharkan pendudukan Israel selama berdekad-dekad di wilayah Palestin adalah haram dengan semua penempatan terbabit di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur perlu dipindahkan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori