Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Jit Jit Penghibur Kami’

Johor Bahru: Seekor kucing dinamakan 'Jit Jit' bukan saja menjadi kesayangan pekerja sebuah...

Malaysia Negara Penting Terbabit...

MILAN (Itali) - Malaysia menjadi antara negara yang berperanan penting dalam Sidang Kemuncak...

Kegiatan ‘Sejuk Beku Sotong’...

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malayisa (APMM) berjaya membongkar kegiatan nelayan Vietnam yang...

Sanjeevan Mengadu Sakit Dada,...

PETALING JAYA - Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (Mywatch), Datuk R. Sri Sanjeevan...

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu 1BestariNet.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut sumber, perjumpaan itu dibuat oleh pegawai penyiasat kes pada minggu lepas.

“Pegawai penyiasat telah berjumpa dengan Dr Maszlee untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu ini (1BestariNet).

“Siasatan kes ini masih dijalankan termasuk tindakan SPRM mendapatkan dokumen berkaitan dan keterangan beberapa individu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad mengesahkan perkara ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

Sinar Harian pada 6 September lalu melaporkan kenyataan Maszlee bahawa isu membabitkan 1BestariNet menjadi antara faktor peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan pada Januari 2020.


Dalam pendedahannya itu, Maszlee memberitahu Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad memintanya berbuat demikian, di atas permintaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

26 September lalu, Azam memaklumkan siasatan dijalankan akan melihat kepada pembekalan data internet terhadap 8,000 sekolah di seluruh negara.

Azam berkata, mengikut kontrak 1BestariNet, perkhidmatan internet perlu dibekalkan kepada sekolah di seluruh negara mengikut kelajuan dan jumlah data yang ditetapkan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan SPRM telah memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan bernilai RM4 bilion.

Tender itu dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori