Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Inflasi: Agak Rugi Kerajaan...

DARI FB NAJIBBULAN lepas, saya beri amaran bahawa kadar inflasi akan mencanak naik...

Tiada Ikat Jamin Khairuddin,...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan ikat jamin...

Kes Seludup Di Pagar...

BUKIT KAYU HITAM - Kes-kes penyeludupan barangan kawalan di kawasan pagar keselamatan sempadan...

‘Jangan Serang UMNO, Dia...

TEGUR... Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas sikap sesetengah penceramah PAS yang masih...

Syarikat Binaan Kena Ada Sijil ISO Anti-Rasuah Bida Projek Kerajaan Lebih RM100 Juta – SPRM

BANGI : Syarikat pembinaan akan diwajibkan memohon pensijilan ISO anti-rasuah apabila membida projek kerajaan bernilai RM100 juta ke atas, tidak lama lagi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata perkara itu dipersetujui secara prinsip oleh SPRM dan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Tadbir Urus Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan juga memberikan tempoh pengecualian selama dua tahun untuk pelaksanaannya.

Katanya, langkah itu dibuat selepas sektor pembinaan dikenal pasti oleh penyelidik global sebagai mempunyai isu kebocoran yang ketara.

“Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara prinsipnya setuju dalam tempoh dua tahun akan datang, bagi kontraktor kelas G7 yang berdaftar di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), perlu ada persijilan ISO37001 sebagai sebahagian usaha membasmi rasuah.

“Ini bagi projek RM100 juta ke atas. Sekarang masih dibenarkan tapi dalam tempoh dua tahun akan datang, syarikat pembinaan dan kontraktor ini perlu ada sijil ini.


“Dengan cara ini, ia akan meningkatkan kefahaman syarikat mengenai pembanterasan rasuah ketika mereka mahu memasuki tender dalam Kementerian Kewangan (MOF),” katanya.

Beliau ditemui media selepas Majlis Perasmian Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Anti Rasuah Peringkat Kebangsaan kali ke-3 2024 yang disempurnakan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, di sini, hari ini.

Azam menjelaskan jika syarikat berkenaan tidak memenuhi syarat ini, mereka tidak layak untuk menyertai mana-mana tender dalam MOF.

“Sektor pembinaan memang dalam pemerharian kami sekarang terutama yang membabitkan kontrak kerajaan.

“Syarikat yang mengambil tender baik diperingkat negeri mahupun persekutuan. Ini menjadi satu pemerhatian. Berhubung perkara ini memang banyak ketirisan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori