Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

28 Restoran Pelita Seluruh...

PEMILIK restoran nasi kandar Pelita, antara restoran nasi kandar paling popular di Malaysia,...

Serunding Cara Tradisional Tetap...

TUMPAT - Transformasi dalam kaedah masakan serunding tidak menjadi halangan bagi seorang pengusaha...

Usah Berprasangka Dengan Sekolah...

KOTA BHARU - Orang ramai diminta supaya tidak mencurigai madrasah, sekolah pondok atau...

Belum Ada Bukti Juruterbang...

KUALA LUMPUR - Belum ada bukti untuk menyokong teori bahawa pesawat Malaysia Airlines...

Syarikat Perladangan Dicadang Pulangkan 20 Peratus Tanah Pajakan Untuk Rakyat

Bagan Datuk : Syarikat perladangan diminta bersedia memulangkan 20 peratus tanah yang dipajak kepada kerajaan negeri supaya dapat dibangunkan untuk manfaat rakyat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak pengurusan estet sudah lama mendapat keuntungan sejak zaman penjajahan Inggeris hasil pajakan tanah yang lazimnya selama 99 tahun.

Oleh itu, katanya, kerajaan melalui Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang meneliti cadangan supaya mana-mana pihak estet yang tempoh pajakannya hampir tamat boleh diberikan pelanjutan, dengan syarat menyerahkan 20 peratus keluasan tanah diusahakan mereka kepada kerajaan negeri.

“Dalam keadaan ini jangan disalah anggap bahawa kerajaan memaksa dan sebagainya.

“Tetapi lihatlah 99 tahun. Ketika itu tidak ada seorang pun di sini yang lahir 99 tahun yang lalu kecuali seorang yang pernah memerintah kita 22 tahun, hidup lagi.

“Saya tidak berhajat menyentuh siapa-siapa tetapi dalam keadaan yang begini, cukuplah… mereka dapat keuntungan begitu panjang,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Menaiktaraf Jalan Utama dari Parit 1 hingga Parit 10 Kampung Sungai Pergam, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perbincangan bersama kerajaan negeri dan syarikat perladangan akan dilaksanakan secara berterusan supaya perkara itu tidak disalah tafsir.


“Jadi saya arahkan (syarikat perladangan) jangan buat pengambilan tanah ataupun meminta tanah orang kampung.

“Orang kampung jangan hanya dipaksa untuk melihat keuntungan itu dibawa ke luar, tetapi mesti dikembalikan kepada kerajaan negeri untuk kerajaan negeri beri pada orang kampung, beri pada rakyat yang marhain.

“Inilah kerajaan yang ada pada hemat saya, memang adil untuk melakukan sesuatu yang baik,” katanya.

Ditanya mengenai respons pemilik estet terhadap cadangan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, setakat ini tanah seluas 50 ekar di Bandar Malaysia sudah didedikasikan sebagai tanah rizab Melayu.

“Itu adalah tanah komersial yang berada di lokasi amat strategik. Ini adalah komitmen sudah diperlihatkan.

“Bagaimanapun kita berjanji utk lakukan penelitian sebelum pelaksanaan sepenuhnya dilakukan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori