Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pahang Tumpaskan JDT, Pertahan...

KUALA LUMPUR: Impian Johor Darul Takzim (JDT) untuk membawa balik trofi Piala Malaysia...

Lee Cadang Wujud Yayasan...

KUALA LUMPUR - Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan agar kerajaan...

Sesi Amanat Presiden PAS...

KOTA BARU - Sesi Amanat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada...

Pegawai Khas Exco Perak...

PARIT - Seorang pegawai khas kepada Exco Perak, isteri serta adiknya maut apabila...

Tiga Doktor Ditahan SPRM, KKM Sedia Beri Kerjasama Penuh

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap tiga doktor kanan yang ditahan agensi penguat kuasa itu di Pulau Pinang baru-baru ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam satu kenyataan hari ini, KKM menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang elemen penyelewengan kuasa oleh kakitangannya.

“KKM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan perkhidmatan kesihatan awam sentiasa berada pada tahap terbaik,” katanya.

Semalam BH melaporkan, tiga doktor kanan yang bertugas di dua hospital di Pulau Pinang ditahan SPRM susulan siasatan kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Difahamkan, dua daripada doktor itu ditahan di Hospital Seberang Jaya, manakala seorang lagi di Hospital Bukit Mertajam.

Penahanan tiga doktor itu pagi semalam disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.


Menurut Azam, siasatan lanjut akan dijalankan SPRM dengan tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga mereka akan ditahan reman.

Pada Julai lalu, Ahli Dewan Negara, Dr R A Lingeshwaran menggesa Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menjelaskan dakwaan beberapa doktor yang mengendalikan tuntutan hilang upaya PERKESO digantung, dikaitkan dengan kartel memalsukan permohonan sedemikian.

Lingeshwaran memaklumkan Dewan Negara, mereka digantung sehingga diberitahu kelak selepas PERKESO mendapat tahu mengenai kegiatan itu di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Lingeshwaran yang juga bekas Pengarah Hospital Sungai Bakap di Pulau Pinang berkata, beliau difahamkan kartel sedang melobi supaya doktor yang digantung itu kembali bertugas di hospital sama.

Beliau mendakwa terdapat 683 pengeluaran palsu dari 2018 hingga 2022 membabitkan kira-kira RM43 juta, yang mana 16 melibatkan seorang doktor tertentu yang perkhidmatannya ditamatkan selepas kegiatan terbongkar.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori