Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

8 Ular Bersetubuh Di...

SYDNEY - Seorang penduduk di Gold Coast, Australia, terkejut besar apabila menjumpai lapan...

Jangan Heret Isu Agama...

LEWAT kebelakangan ini memang tidak dinafikan nama pelakon cantik Tasha Shilla sering kali...

PTPTN: Kerajaan Ambil Kira...

ALOR SETAR - Kerajaan mengambil kira keperluan semasa dan akan datang terlebih dahulu...

Bangkai Ikan Lumba-lumba Dijumpai...

KOTA KINABALU - Bangkai seekor ikan lumba-lumba dewasa jantan jenis gigi kasar dijumpai...

Tindakan Terhadap GISBH Sejak Feb 2019 – JAKIM

Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan tindakan diambil terhadap Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) bermula Februari 2019 menerusi 12 mesyuarat, bengkel, task force dan program kenegaraan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pengarahnya Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, tindakan itu turut melibatkan agensi keselamatan negara iaitu Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Satu pertemuan tertutup dengan pihak GISBH telah diadakan pada September 2019 melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI (Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam), Jabatan Peguam Negara, Panel Pakar Akidah Jakim serta Panel Pakar Tasawuf Jakim.

“Pertemuan ini telah membincangkan isu berkaitan GISBH melalui sesi dialog dengan cadangan penyelesaian yang bersesuaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Hakimah turut menjelaskan pada Julai 2022, mesyuarat khas bersama agensi keselamatan negara termasuk MKN, PDRM dan KDN telah diadakan bagi tujuan penyelarasan isu berkaitan.

Katanya, perkara itu disusuli beberapa perbincangan pada Ogos 2024, Program Kem Kenegaraan Remaja Pembela Ummah (RPU) GISBH kali ke-2 dan dialog bersama pada 22 September.

“Ia atas dakwaan penyelewengan akidah yang masih diamalkan seterusnya disusuli dengan perbincangan bersama NADI Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Mufti Negeri Selangor,” katanya.

Beliau berkata, pada Februari 2023, Mesyuarat Khas Panel Pakar Akidah mengenai isu GISBH diadakan melibatkan NADI, Bahagian Ancaman Ekstrimis Sosial E2, Cawangan Khas PDRM serta pertemuan dengan bekas pengikut GISBH selain program kenegaraan kepada RPU diteruskan anjuran PDRM dan iLead, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Oktober 2023.


“Pada Februari 2024, satu pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif GISBH diadakan bagi mengkaji lebih mendalam isu isu akidah, syariah dan tasawuf dalam GISBH,” katanya.

Menurutnya, hasil kajian dan dapatan ini akan dibentangkan dalam Muzakarah MKI dan Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM), seterusnya memohon perkenan Majlis Raja Raja sebelum difatwakan di bawah bidang kuasa negeri-negeri bagi tujuan penguatkuasaan.

“Jakim konsisten mengadakan dialog, program dan kajian mendalam mengenai isu ini dan tidak berkompromi dengan isu-isu yang melibatkan akidah umat Islam,” katanya.

Semalam, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa isu membabitkan GISBH telah dibentangkan kepada pelbagai pihak termasuk Jakim dan pihak penguat kuasa, namun tiada tindakan yang diambil.

Beliau yang lebih dikenali Dr Maza berkata, isu GISBH mula dibangkitkan apabila terdapat kumpulan yang membuat kajian mengenai kes itu bertemu beberapa pihak bertanggungjawab tetapi tiada satu pun yang mengambil tindakan.

Katanya, isu itu tidak diangkat mungkin disebabkan beberapa perkara termasuk sebahagian pihak enggan mengambil risiko selain mungkin ada individu yang tidak mempunyai jiwa besar untuk selesaikan isu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori