Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

FAMA Sasar Eksport Durian...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan eksport durian Musang King ke China mencecah RM70 juta pada tahun...

Lelaki Ditemui Maut Akibat...

IPOH - Seorang lelaki ditemui maut akibat ditetak di kepala di garaj sebuah...

Tiada Tolak Ansur Syarikat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana syarikat pengawal keselamatan...

Sia Sebarkan Sendiri Gambar...

PENYANYI The Chandelier, iaitu Sia, dikenali mempunyai suara yang hebat dan sering menyembunyikan...

Tok Mat Tiba Di New York Hadiri UNGA ke-79

NEW YORK – Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di New York, Amerika Syarikat bagi mewakili Malaysia dalam sesi ke-79 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy pada 8.30 malam waktu tempatan Sabtu, diiringi isterinya, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin.

Sejurus tiba, beliau disambut oleh Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Dr Ahmad Faisal Mohamad dan Konsul Jeneral Malaysia di New York, Amir Farid Abu Hasan.

Bernama sebelum ini melaporkan bahawa Mohamad, yang menghadiri UNGA buat kali pertama sejak dilantik sebagai Menteri Luar pada Disember 2023 dijadual menyampaikan Kenyataan Negara di Summit of the Future (SOTF) pada 22 September dan di Debat Umum pada 28 September.

Pendekatan Malaysia di PBB akan berteraskan tiga tema utama iaitu `Mempertahankan Prinsip, Menerima Reformasi dan Mengukuhkan Kerjasama’.


SOTF yang akan diadakan serentak dengan UNGA tahun ini adalah teras kepada visi Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres melalui “Our Common Agenda,” yang kali pertama diumumkan pada September 2021.

Agenda itu menyeru komitmen menyeluruh untuk membaharui dan memperkukuh sistem antarabangsa, bertujuan menangani cabaran baharu seperti perubahan iklim, ketidaksamaan teknologi dan kemerosotan multilateralisme.

Menteri Luar juga akan menyertai beberapa mesyuarat peringkat tinggi termasuk ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Komanwel, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), G77 dan China, World Economic Forum (WEF) dan G20

Sesi ke-79 UNGA akan menampilkan tiga acara utama iaitu SOFT (22-23 September), Debat Umum (24-28, 30 September) dan Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Kenaikan Paras Laut (25 September).

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori