Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Setelah 30 Tahun Kaji...

ALHAMDULILLAH..  seorang sami Buddha yang berusia 66 tahun akhirnya memeluk Islam selepas hampir...

Najib Tidak Ambil Wang...

KUALA LUMPUR - Wang yang dikaitkan dengan pertuduhan pecah amanah yang dihadapi Datuk...

UMNO Perlu Dapat Tempat...

KOTA BHARU - UMNO yang menjangkau usia 70 tahun hari ini, perlu lebih...

MySejahtera Bakal Dimiliki Kerajaan...

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan akan menandatangani kontrak tidak lama lagi bagi menandakan pemilikan...

Tuan Usu Penjaga Akaun GISBH Sudah Ditahan, Polis Jejak Aliran Kewangan – KPN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah menahan seorang individu penting dalam rangkaian GISBH, Shuhaimee Mohamed.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berdasarkan maklumat laman Facebook PUKAS Malaysia, Shuhaimee yang turut dikenali dengan panggilan Tuan Usu, disyaki adalah antara individu penting yang memainkan peranan sebagai pengendali aliran tunai untuk GISBH.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata Shuhaimee diberkas dalam Op Global Fasa 4, di Butterworth, Pulau Pinang, Sabtu lalu.

“Dia diberkas selepas pihak polis memberkas pemimpin utama GISBH, Nasiruddin Mohd Ali di ibu negara, minggu lalu.

“Pada masa ini siasatan susulan masih dijalankan terhadap Shuhaimee bersama beberapa pemimpin lain termasuk meneliti segala akaun berkaitan dengannya.

“Dari situ kita akan jejak segala bentuk transaksi yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan GISBH,” katanya kepada BH hari ini.


Sebelum ini, seramai 19 individu dipercayai pimpinan tertinggi GISBH ditahan di sebuah residensi di Jalan Imbi, di sini, pada 19 September lalu.

Mereka yang ditahan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Nasiruddin, isteri dan dua anaknya dalam serbuan yang dilakukan pada jam 5.40 pagi.

Dalam perkembangan sama, laman Facebook PUKAS mendedahkan kutipan sumbangan yang diperoleh GISBH melebihi RM2.3 juta melalui 58 zon di seluruh dunia.

Katanya, duit akan diuruskan oleh wakil-wakil setiap zon melalui akaun peribadi, wang tunai, emas sebelum disalurkan kepada pengutip atau pengumpul dana iaitu Shuhaimee dan seorang wanita dikenali sebagai Hamimah.

Wang berkenaan akan diagihkan kepada 10 individu penting sama ada untuk disimpan atau digunakan untuk membeli aset-aset di atas nama peribadi ahli-ahlinya selain sebahagian kecil untuk pengaliran tunai perniagaan anak-anak syarikat di bawah GISBH.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori