Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2016, Malaysia Airlines Kembali...

KUALA LUMPUR - Tahun baharu, permulaan baharu bagi Malaysia Airlines. Bagi tahun yang baru...

Batu Sumpah Keningau Dipindahkan...

KOTA KINABALU - Kerja-kerja untuk memindahkan Batu Sumpah Keningau akan dilaksanakan April ini,...

Lelaki Ditemui Mati Di...

JOHOR BAHARU - Seorang lelaki warga emas ditemui mati dengan keadaan kepala berdarah...

Ketepi Perbezaan, Cari Persamaan...

KUALA LUMPUR - Umat Islam negara ini perlu mengetepikan perbezaan pendapat dan mencari...

Tunku Mahkota Ismail Kongsi Gembira Harimau Malaya Juara

KUALA LUMPUR : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail turut bergembira dengan kejayaan Harimau Malaya menjulang trofi Pestabola Merdeka 2024, malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berdasarkan gambar yang dikongsikan di laman Instagram miliknya, Tunku Mahkota Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor meraikan kegembiraan itu bersama pemain menerusi panggilan video.

Gambar berkenaan memaparkan Tunku Mahkota Ismail bersama beberapa pemain JDT termasuk Mohamadou Sumareh, Junior Eldstal dan Bergson da Silva membuat panggilan video dengan pemain Harimau Malaya.

Dalam satu lagi gambar, bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu bersama Sumareh dan Bergson kelihatan mesra berbual dengan bintang muda sensasi negara, Arif Aiman Hanapi.

Harimau Malaya menamatkan penantian 11 tahun untuk menjulang trofi Pestabola Merdeka selepas menundukkan Lubnan 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Kemenangan ke atas pasukan ranking ke-116 dunia itu menjadi detik manis buat pengendali skuad negara, Pau Marti Vicente apabila menjulang trofi pertama hanya selepas dua aksi mengendalikan Harimau Malaya.

Malah, kejayaan itu turut menyaksikan Harimau Malaya menebus kekecewaan tahun lalu selepas tewas 2-0 di tangan Tajikistan pada final ketika Vicente bertindak sebagai penolong Kim Pan Gon.

Kali terakhir skuad negara muncul juara Pestabola Merdeka pada 2013 yang disertai skuad B-23 dengan Malaysia menewaskan Myanmar 2-0.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori