FORT PIERCE: Sekurang-kurangnya 11 maut susulan Taufan Milton membadai Florida, Amerika Syarikat (AS) kata pegawai semalam.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Ia membabitkan lima mangsa di daerah St Lucie, manakala tiga lagi di Volusia dan dua di St Petersburg, kata pihak berkuasa tempatan.
Setiasusaha Keselamatan Dalam Negeri, Alejandro Mayorkas, berkata punca kematian itu dikenal pasti akibat puting beliung.
Di Daerah Polk, seorang kakitangan penyelenggaraan jalan raya maut dilanggar kenderaan rakan sekerjanya ketika mengalihkan pokok tumbang.
Bencana alam sejak Rabu itu menyebabkan jalan raya terputus hubungan akibat pokok dan tiang elektrik tumbang, selain turut menjejaskan bumbung stadium besbol di Tampa.
Ia turut menjejaskan hampir tiga juta rumah dan premis perniagaan akibat terputus bekalan elektrik, sebelum taufan itu bergerak ke arah Atlantik.
Bercakap pada sidang media, Gabenor Florida Ron DeSantis, menyifatkan kesan ribut itu agak ketar tetapi tidak seburuk yang diaralkan sebelum ini.
Milton membadai pantai Teluk Florida sebagai ribut Kategoriibut Tiga dengan angin kencang menjejaskan komuniti yang masih terkesan akibat Taufan Helene dua minggu lalu, mengorbankan 237 orang di Florida dan beberapa negeri tenggara lain.
Sementara itu, pakar taufan, Michael Lowry, berkata 126 amaran puting beliung dikeluarkan Perkhidmatan Cuaca Nasional di seluruh negeri kelmarin, jumlah tertinggi pernah dikeluarkan dalam sehari sejak 1986.
BHonline-