Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Presiden Tunisia Isytihar Darurat...

PRESIDEN Tunisia, Beji Caid Essebsi mengisytiharkan darurat di seluruh negara dengan menegaskan serangan...

Ahmad Zahid Mahu Persatuan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu...

Senarai Calon BN Pahang...

BENTONG - Barisan Nasional (BN) Pahang telah menyerahkan senarai calonnya untuk pilihan raya...

3 Anggota Polis Cedera...

KUANTAN - Tiga anggota polis yang baru selesai melakukan rondaan cegah jenayah cedera...

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap beberapa kediaman petang semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Turut rosak tiga rumah di FELDA Kemahal, dekat sini dengan kejadian juga menyebabkan gangguan bekalan elektrik selepas tiang talian elektrik di Kampung Bukit Gajah tumbang.

Penduduk Kampung Bukit Gajah, Siti Rahmah Sarip, 58, berkata kejadian semalam cukup menakutkan apabila angin kencang berserta hujan datang tiba-tiba jam 4.30 petang.

Katanya, angin kencang yang dilihat berpusar membadai kira-kira lima minit dan menerbangkan atap rumah, selain menumbangkan banyak pokok serta tiang elektrik.


“Ketika kejadian saya hanya mampu berdoa supaya rumah saya tidak terkena ribut, namun selepas kembali saya dapati beberapa atap zink rumah saya turut diterbangkan angin,” katanya mengakui ia kejadian pertama dialami sepanjang 18 tahun menetap di situ.

Siti Rahmah berkata, dia bersama beberapa jiran terpaksa bergelap beberapa jam selepas tiang elektrik tumbang, sebelum keadaan pulih susulan tindakan diambil kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bentong.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam yang turut meninjau lokasi kejadian di sekitar Kampung Bukit Gajah meminta penduduk terbabit segera membuat laporan polis dan menyerahkan laporan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori