Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Hanya 40% Syarikat Dimiliki...

KUALA LUMPUR –  Sebanyak 40 peratus daripada hampir satu juta syarikat yang didaftarkan...

Individu Masuk Britain Secara...

LONDON: Sesiapa yang tiba di Britain secara haram, ditegah untuk tinggal di negara...

Dr. Mahathir Mulakan Lawatan...

TOKYO - Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di sini Ahad untuk lawatan kerja...

UMNO Kedah Teliti Nama...

ALOR SETAR - UMNO negeri sedang meneliti nama daripada kalangan wanita UMNO untuk...

Ahli, Pengikut GISBH Masih Amal Kepercayaan Aurad Muhammadiah – Saifuddin

KUALA LUMPUR: Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kepercayaan Aurad Muhammadiah yang diwarisi sejak era Al-Arqam dulu masih diamalkan ahli dan pengikut GISB Holdings (GISBH).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia diperoleh hasil pengakuan individu yang ditahan pihak berkuasa.

“Saya ingin mengesahkan siasatan polis setakat ini, ada pengakuan bahawa amalan terhadap ajaran Aurad Muhammadiah masih dilakukan oleh kalangan yang kita tangkap dan siasat.

“Jadi kalau pun ada kenyataan di luar yang menyebut bahawa mereka tidak lagi mengamalkan itu, itu kenyataan (mereka). Kita hanya akan bercakap berasaskan kepada butiran dan dapatan siasatan yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Penerangan Menteri mengenai Perkembangan dan Tindakan di Peringkat Kementerian Dalam Negeri berkaitan isu GISBH di Dewan Rakyat hari ini.

Khaulah Ashaari, 38 yang juga anak kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad, semalam menafikan terdapat ahli dan pengikut kumpulan itu masih mengamalkan kepercayaan Aurad Muhammadiah selepas mengikuti kursus dan proses istitabah anjuran Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, beberapa langkah lanjutan akan diambil pihak berkuasa khususnya dalam menjejaki dan mendapatkan semula aset dimiliki kumpulan itu.


“Siasatan ke luar negara bukan satu tugas mudah. Kalau pun kenyataan awal Ketua Polis Negara turut menyebut kegagalan syarikat ini membayar cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau perbuatan tidak membayar gaji.

“Siasatan entiti di luar negara akan diperluas. Tidak membayar gaji satu tindakan serius (khususnya) di 19 negara ini. Jadi pihak polis sudah pun membuat langkah menghubungi negara-negara berkenaan dengan kita mengguna pakai ‘mutual legal agreement’ bagi mudahkan kerjasama dibuat,” katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada sidang media sebelum ini berkata, PDRM memperoleh maklumat berkaitan 23 harta milik GISBH di luar negara membabitkan 10 negara dengan anggaran nilai RM52.4 juta.

Sementara itu, Saifuddin berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menyelesaikan isu nasab anak-anak kumpulan itu mengikut setiap kes yang dikendalikan.

“Kita akan mengesan susur jalur bagi mengelakkan masalah nasab ke depan nanti kerana kompleksnya apabila anak-anak ini ditinggalkan dalam keadaan tidak mengenali susur galur keluarga.

“Itu semua akan dilakukan secara telus oleh pakar-pakar psikologi kita, di PDRM, kita ada D11, selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ini melibatkan peranan besar, ribuan anggota polis dan pegawai kerajaan di peringkat kementerian dalam memperhalusi isu ini satu persatu,” katanya.

BHonline-

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori