KUALA LUMPUR : Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap peniaga dan penjual yang memasarkan vape atau rokok elektronik yang menyerupai peralatan alat tulis.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Ayub Yaakob berkata bahawa taktik ini menyasarkan pelajar sekolah dan bukan sahaja menarik minat remaja serta kanak-kanak untuk membeli, tetapi juga mengelirukan guru, ibu bapa, dan penjaga.
“MCPF melihat taktik penjualan vape dan rokok elektronik sebegini boleh mempengaruhi pelajar untuk membawanya ke sekolah tanpa sebarang kegusaran yang sekali gus akan meningkatkan tabiat tidak sihat dan memudaratkan dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.
“Malah, penjualan peranti ini secara terbuka dalam talian dan kedai barangan gajet memudahkan pelajar untuk membelinya sekali gus, menyukarkan pemantauan daripada pihak berwajib,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tindakan penjual jelas melanggar beberapa undang-undang seperti Akta Hak Cipta 1987, Akta Paten (Pindaan) 2022 serta Garis Panduan Mengelakkan Iklan Palsu dan Mengelirukan, serta merencatkan usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan remaja atau pelajar kepada produk merokok termasuk vape meskipun Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) telah mula dikuatkuasakan 1 Oktober lalu.
“Oleh itu, MCPF menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melakukan serbuan dan rampasan ke atas peniaga yang memiliki dan menjual peranti merokok tersebut yang menggunakan label mengelirukan itu.
“MCPF turut mencadangkan Kementerian Kesihatan agar dapat merangka satu peraturan khusus penjualan produk merokok bagi mengekang peniaga menjual peranti vape dan rokok elektronik yang mampu menarik minat remaja dan kanak-kanak,” katanya.
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap peniaga dan penjual yang memasarkan vape atau rokok elektronik yang menyerupai peralatan alat tulis.

-BERNAMA