Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Subramaniam Mahu Bawa Perubahan...

JOHOR BAHARU - Hasrat untuk bertanding jawatan nombor satu parti MIC Jun depan...

Saman Ex-GF Suruh Pulangkan...

SEORANG lelaki dari Rusia telah menyaman bekas teman wanitanya agar memulangkan semula wang...

Piala Dunia: Kehadiran Salah...

MOHAMED Salah dijangka memberikan saingan sengit pada tuan rumah bagi perlawanan Rusia menentang...

Jabatan Imigresen Tawau Tahan...

TAWAU - Jabatan Imigresen Tawau menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga...

Apa Itu Pelepasan Cukai?

Ramai orang menyebut tentang pelepasan cukai setiap kali berbicara mengenai cukai pendapatan.

Bagaimanapun, tidak semua orang yang bercakap mengenainya memiliki pemahaman mendalam tentang pelepasan cukai.

Pelepasan cukai adalah pengurangan jumlah pendapatan yang dikenakan cukai, yang dibenarkan oleh kerajaan kepada pembayar cukai berdasarkan perbelanjaan atau sumbangan tertentu yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Pelepasan ini mengurangkan jumlah pendapatan bercukai seseorang individu, sekaligus mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).

Seseorang boleh menuntut pelepasan cukai untuk pelbagai kategori termasuk rawatan perubatan dan yuran pendidikan.

Antara perbelanjaan yang dibenarkan oleh HASiL untuk pelepasan cukai pendapatan adalah seperti berikut:

  • Perbelanjaan perubatan ibu bapa
  • Peralatan sokongan asas untuk individu kurang upaya atau untuk
    isteri, anak atau ibu bapa kurang upaya
  • Individu kurang upaya
  • Yuran pendidikan sendiri
  • Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau
    suami/isteri atau anak-anak)
  • Pemeriksaan perubatan penuh
  • Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan
  • Pembelian komputer peribadi untuk individu
  • Tabungan bersih dalam skim SSPN
  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan
  • Yuran langganan JALUR LEBAR
  • Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri
  • Suami/Isteri kurang upaya
  • Insuran nyawa dan KWSP
  • Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda
  • Insurans pendidikan dan perubatan
  • Pendidikan anak berumur 18 tahun dan ke atas yang belum berkahwin di
    institusi pengajian tinggi

Mengetahui tentang perbelanjaan yang boleh mendapat pelepasan cukai akan memudahkan seseorang mengisi borang cukai.


Mempunyai pemahaman tentang pelepasan cukai juga membolehkan seseorang merancang perbelanjaan yang bakal memanfaatkan mereka.

Rumusannya, mendalami informasi tentang pelepasan cukai adalah sangat bermanfaat dan sesuatu yang menguntungkan.

Maklumat lanjut tentang pelepasan cukai boleh diperoleh di

https://www.hasil.gov.my/individu/kitaran-cukai-individu/lapor-pendapatan/pelepasan-cukai

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori